Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya bagi semua pemilik haiwan ternakan yang wajib dikenakan zakat. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.
Sabda Rasulullah SAW:
|
“Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu *musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapi 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, **tabi`, atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun).” (Riwayat Ibnu Majah)
|
* Musinnah: Lembu betina berumur 2 tahun lebih
** Tabi`: Lembu jantan berumur 1 tahun lebih
Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
|
“Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat.” (Surah Al-Baqarah:267)
|
|
KADAR NISAB
|
KADAR ZAKAT
|
||
|
Bilangan (ekor) |
Bilangan |
Jantina |
Umur |
|
30 – 39 |
1 ekor |
Jantan |
1 tahun lebih* |
|
40 – 49 |
1 ekor |
Betina |
2 tahun lebih** |
|
60 – 69 |
2 ekor |
Jantan |
1 tahun lebih* |
|
70 – 79 |
1 ekor & 1 ekor |
Jantan & Betina |
1 tahun lebih & * 2 tahun lebih** |
|
80 – 89 |
2 ekor |
Betina |
2 tahun lebih** |
|
90 – 99 |
3 ekor |
Jantan |
1 tahun lebih* |
|
100 – 109 |
2 ekor & 1 ekor |
Jantan & Betina |
1 tahun lebih & * 2 tahun lebih** |
|
110 – 119 |
2 ekor |
Jantan |
1 tahun lebih* |
|
120 ke atas |
3 ekor atau 4 ekor |
Betina @ Jantan |
2 tahun lebih & ** 1 tahun lebih* |
* Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.
** Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar samada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemeliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.
.
|
KADAR NISAB |
KADAR ZAKAT |
||
|
Bilangan (ekor) |
Bilangan |
Jantina |
Umur |
|
40 – 120 |
1 ekor kambing biri-biri atau 1 ekor kambing |
Jantan/Betina Jantan/Betina |
1 tahun 2 tahun |
|
121 – 200 |
2 ekor kambing biri-biri atau 2 ekor kambing |
Jantan/Betina Jantan/Betina |
1 tahun |
|
201 – 399 |
3 ekor kambing biri-biri atau 3 ekor kambing |
Jantan/Betina Jantan/Betina |
1 tahun 2 tahun |
|
Penambahan seterusnya: Tiap-tiap 100 ekor |
1 ekor kambing biri-biri atau 1 ekor kambing |
Jantan/Betina Jantan/Betina |
2 tahun |
©Hak Cipta Terpelihara 2010 Lembaga Zakat Selangor.
Paparan terbaik Google Chrome dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: LZS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.





