Zakat pertanian ialah satu zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sebuah negeri yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin dari jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, kurma, jagung, gandum dan sebagainya.Contohnya, bagi penduduk di Malaysia, makanan asasinya adalah nasi dan nasi dihasilkan daripada padi. Maka zakat pertanian yang sesuai dikeluarkan bagi negara Malaysia adalah zakat padi.
Firman Allah s.w.t:
|
“Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu….” (Surah Al-Baqarah:267)
|
* Hasil tanaman yang tidak asas seperti kelapa, kelapa sawit, getah, lada hitam, tebu, koko dan lain-lain buah-buahan dikenakan zakat perniagaan jika diperniagakan
Biji-bijian dan buah-buahan yang cukup nisabnya hendaklah dibayar zakatnya mengikut peratus penghasilan. Kadar peratus pembayarannya bergantung kepada cara-cara penghasilannya.
Secara ringkasnya, fatwa di negeri Selangor telah menetapkan jumlah zakat yang wajib dibayar untuk zakat pertanian adalah sebanyak 5% berbanding beberapa perbezaan yang perlu dibayar sebelum ini.Contohnya, zakat padi yang perlu dikeluarkan selepas musim menuai adalah sebanyak 5% bagi keseluruhan hasil tanaman.
©Hak Cipta Terpelihara 2010 Lembaga Zakat Selangor.
Paparan terbaik Google Chrome dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: LZS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.





