WANG SAKU PELAJAR FAKIR DAN MISKIN IPTA/S NAIK KE RM300 SEBULAN

Cetak Artikel Ini Cetak Artikel Ini

Tarikh : 5/30/2009
Penulis : editor

Shah Alam – Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS menaikkan jumlah bantuan wang saku kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) dari kalangan asnaf fakir/miskin dari RM150.00 kepada RM300.00 sebulan bermula Januari tahun ini yang melibatkan seramai 653 orang mahasiswa/i.

Bermula tahun ini, pembayaran akan dilakukan enam bulan sekali iaitu pada setiap bulan bulan Jun dan Disember.

Peningkatan ini wajar bagi memastikan anak-anak asnaf fakir miskin di IPTA/IPTS mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan harian. Ia juga dipengaruhi oleh kenaikan harga barang keperluan harian akibat kemelesaetan ekonomi.

Bantuan wang saku adalah salah satu bentuk bantuan LZS (MAIS) kepada mahasiswa/i asnaf fakir miskin yang mendapat pembiayaan sepenuhnya dari LZS (MAIS). Selain bantuan wang saku, LZS (MAIS) membiayai sepenuhnya yuran pengajian, yuran pendaftaran, lain-lain bayaran yuran, kos sewa penginapan, pengangkutan, wang elaun sara hidup (wang saku bulanan), buku rujukan, komputer riba (labtop) dan lain-lain bayaran keperluan pendidikan yang berkaitan.