Proton yang diwakili Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir, menyerahkan zakat kepada DYMM Sultan Selangor.
Tarikh : 8/9/2010
Penulis : editor
KLANG, 29 Ogos 2010 – Proton Holdings Berhad (Proton) hari ini menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM3,393,745.00 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Proton yang diwakili Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir, menyerahkan zakat bagi tahun kewangan 2009 kepada DYMM Sultan Selangor bersempena majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid an-Naim, Batu 7, Jalan Kebun di sini.
Pada majlis ini, DYMM Sultan Selangor turut menyampaikan sumbangan zakat kepada 210 orang fakir dan miskin, 98 orang anak-anak yatim serta 94 orang saudara baru. Turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamed Adzib Mohd Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.
©Hak Cipta Terpelihara 2010 Lembaga Zakat Selangor.
Paparan terbaik Google Chrome dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: LZS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.





