LZS menerima bayaran zakat perniagaan Proton Part Centre
SHAH ALAM, 28 Feb 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima pembayaran zakat perniagaan Proton Parts Centre Sdn Bhd berjumlah RM1,473,601.29 bagi tahun kewangan berakhir 2012.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof menerima pembayaran zakat tersebut daripada Ketua Jabatan Kewangan dan Perancangan Korporat Proton Parts Centre, Zelman Saliza Shuib.
Pada tahun 2012, LZS telah mengutip zakat perniagaan berjumlah RM85 juta, kutipan zakat kedua tertinggi selepas zakat pendapatan dengan jumlah pembayar zakat perniagaan seramai 4,934 pembayar.
Tahun ini LZS mensasarkan kutipan zakat perniagaan sebanyak RM90 juta dengan peningkatan pembayar sebanyak lapan peratus.
©Hak Cipta Terpelihara 2010 Lembaga Zakat Selangor.
Paparan terbaik Google Chrome dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: LZS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.





