LZS SERAH BANTUAN ZAKAT RM100 RIBU KEPADA MANGSA BANJIR KELANTAN

Cetak Artikel Ini Cetak Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan bantuan zakat kepada mangsa banjir negeri Kelantan berjumlah RM100,000 melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Bantuan berbentuk cek disampaikan oleh Pengerusi LZS, Y.A.M Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam satu majlis yang diadakan di sini.

Ia bertujuan membantu meringankan beban mangsa banjir yang melanda negeri Kelantan baru-baru ini. Ini merupakan sebahagian tanggungjawab sosial LZS bagi membantu umat Islam yang dilanda musibah mahupun bencana.

Turut hadir semasa penyerahan cek bantuan, Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.