SKIM POTONGAN GAJI
Pembayaran zakat melalui
potongan gaji
SKIM
BERKAT: HANYA KLIK !
Inovasi terkini
dalam menyediakan kemudahan kepada pembayar zakat
khusus pembayaran melalui potongan gaji atau lebih
dikenali sebagai SKIM BERKAT.
Selaraskan Cukai
Dengan Zakat - Mengikut Warta Kerajaan bertarikh 1
Januari 2004 kini setiap pembayaran zakat boleh
dikurangkan daripada Potongan Cukai Bulanan.
LEBIH BERKAT
Tertunai kewajipan berzakat yang menjadi rukun
Islam ketiga
Zakat diagihkan kepada golongan asnaf yang
memerlukan
Pahala amal jariah yang berterusan & berkekalan
Zakat diagihkan untuk kepentingan umat Islam
Zakat membersihkan jiwa dan harta
LEBIH MUDAH
Anda hanya perlu
membuat arahan potongan gaji dan pembayaran
zakat akan diuruskan oleh majikan kepada Lembaga
Zakat Selangor
Tidak perlu
bersesak di jalanraya atau di kaunter zakat
Tidak mengalami
masalah tempat meletak kereta yang terhad
Selain mengisi
borang secara manual, skim berkat kini boleh
dibuat menerusi portal LZS. Sila isi maklumat
anda pada
borang maya tersebut. Seterusnya, 3 salinan
dicetak untuk simpanan pembayar dan 2 salinan
lagi untuk pihak majikan dan LZS, sila serahkan
kepada Bahagian Sumber Manusia ataupun Unit
Gaji.
TIDAK MEMBEBANKAN
Tidak perlu
mengeluarkan jumlah wang yang besar sekali gus
untuk membayar zakat
Mengeluarkan wang
secara ansuran lebih meringankan dan tidak
begitu dirasai
Bagi anda yang
layak dikenakan PCB, anda tidak memerlukan
sumber wang yang lain untuk menunaikan zakat
kerana anda boleh membuat pelarasan atau
memindahkan sebahagian daripada potongan PCB
anda kepada zakat