
Ditubuhkan lebih 15 tahun lalu, Pusat Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor), begitu sinonim dengan peningkatan kesedaran berzakat di negeri Selangor dan kecekapan mengagihkannya. Selama sedekad itu, banyak institusi Islam yang dibantu, golongan dhaif mendapat jaminan hidup, sosio ekonomi dan budaya yang seimbang.
Telah lebih sepuluh tahun juga PZS (MAIS) terus berdakwah, berdoa dan bertawakkal untuk membimbing dan mengajak seluruh umat Islam menunaikan rukun Islam yang wajib ini. Sesungguhnya amanah tersebut akan terus dipegang dan ditunaikan dengan sebaik mungkin agar rukun Islam ini akan terus dijunjung dan dimartabatkan.
Telah sepuluh tahun juga PZS (MAIS) sentiasa berusaha memberikan khidmat yang terbaik buat kumpulan sasarnya – pembayar dan penerima zakat. Dengan didukungi lebih 200 kakitangan dan sokongan 23 buah kaunter perkhidmatan, dua kumpulan sasar ini sentiasa memberikan khidmat dan layanan terbaik. Hanya yang terbaik daripada PZS (MAIS) kerana “Anda di hati kami”.
Kini setelah sedekad berlalu, PZS (MAIS) berazam akan terus memberikan yang terbaik, dengan sokongan anda semua. PZS (MAIS) akan terus memikul dan menjalankan amanah sebagai amil dan amilin. Itu komitmen PZS (MAIS). Dengan motto ” Peneraju Keseimbangan Sosio Ekonomi Ummah” PZS (MAIS) kini telah dikenali sebagai LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS).
Semoga dengan penaiktarafan ini akan lebih meningkatkan lagi mutu kerja dan komitmen dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat kepada 8 golongan asnaf dengan lebih berkesan di Negeri Selangor.

| Tahun | Kronologi |
|---|---|
| 1994 | Pusat Zakat Selangor (MAIS) mula didaftarkan dengan nama MAIS ZAKAT Sdn Bhd |
| 1995 | Memulakan operasi sepenuhnya meliputi penggunaan perisian komputer, resit zakat berkomputer. Beroperasi di Seksyen 14, Petaling Jaya |
| 1996 | Nama Pusat Pungutan Zakat MAIS ditukar kepada PZS (MAIS) |
| 1997 | PZS (MAIS) berpindah ke Seksyen 9, Shah Alam. Mendapat mandat untuk mengutip zakat fitrah |
| 1998 | Pusat Agihan Zakat diterapkan ke dalam PZS (MAIS) dengan nama Bahagian Agihan Zakat PZS |
| 2000 | Ibu Pejabat PZS (MAIS) dipindahkan ke kompleks MAIS, Klang Mendapat pengiktirafan MS ISO 9002 |
| 2004 | Memindahkan lokasi ibu pejabat ke lokasi yang lebih strategik iaitu di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam Menerima anugerah kualiti MS ISO 9001:2000 |
| 2006 | Pusat Zakat Selangor (MAIS) dinaik taraf kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS) diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952. |
| 2011 | Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor berpindah ke Presint ALAMi, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, Shah Alam. |
©Hak Cipta Terpelihara 2010 Lembaga Zakat Selangor.
Paparan terbaik Google Chrome dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: LZS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.





