LZS (MAIS) memberikan penekanan kepada lima program khusus iaitu:
Melalui program tersebut, LZS (MAIS) telah merangka agenda dalam membentuk asnaf yang bukan sahaja mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan, tetapi juga dapat memenuhi keperluan rohani menjadi insan yang rabbani. Setiap program yang disusun ini memberi keutamaan kepada tiga asnaf utama iaitu:
Pemilihan asnaf fakir/miskin ini dilaksanakan melalui jawatankuasa pemilihan yang ditubuhkan dan kelayakan asnaf dinilai berdasarkan Haddul Kifayah (had kecukupan sara hidup) yang ditetapkan.
Bantuan DialisisDi bawah program ini, LZS bertanggungjawab memastikan tiada yang mengalami masalah tempat tinggal dan nafkah sara hidup. Pelbagai bentuk bantuan telah disediakan bertujuan untuk memenuhi keperluan asasi dan sekaligus membolehkan asnaf tersebut menjalani kehidupan yang lebih seimbang. Antara bantuan-bantuan yang diberikan termasuklah:
Program ini merupakan jalan keluar bagi menangani kemiskinan. Ibarat memberi ‘pancing’, ia bukan sahaja memberikan asnaf fakir, miskin dan mualaf pendapatan lumayan, malah mendidik mereka menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. LZS (MAIS) telah mewujudkan dua program iaitu Program Keusahawanan dan Program Ekonomi Berkelompok. Dalam hal ini, LZS (MAIS) telah mengambil pendekatan bagi menangani permasalahan tersebut antaranya melalui:

Setiap asnaf akan diteliti latar belakang dan kecenderungan mereka. Proses pemilihan adalah agak ketat kerana LZS (MAIS) mahu memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja dipilih. Layak dalam erti kata ada kebolehan, minat berniaga dan keinginan untuk belajar serta kemampuan fizikal.
Bantuan modal akan diberi setelah jenis perniagaan (yang berpotensi) ditetapkan. Bentuknya lebih berupa peralatan dan modal kerja seperti mesin, barang keperluan perniagaan serta sewaan premis.
Bagi kategori modal di bawah RM5,000.00, adalah untuk asnaf fakir, miskin dan mualaf yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti berniaga nasi lemak, pisang goreng, mesin rumput dan sebagainya.
Manakala bantuan modal RM5,000.00 hingga RM50,000.00 adalah untuk asnaf fakir, miskin dan mualaf yang menjalankan peniagaan berskala besar seperti restoran, kedai dobi, makanan tradisional, bengkel kenderaan dan sebagainya.
Bantuan modal meliputi:

Dalam membangunkan usahawan, LZS (MAIS) telah memberi peluang kepada asnaf menjalani pelbagai latihan dan kursus dalam usaha membudayakan usahawan. Antaranya ialah kursus perintis usahawan, kursus pemasaran dan kursus imej diri.
Selain daripada itu, LZS (MAIS) juga mengadakan kerjasama dengan agensi luar seperti Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dalam mempelbagaikan lagi ilmu usahawan untuk asnaf.
LZS (MAIS) juga telah menubuhkan Kumpulan Usahawan Asnaf Zakat (KUAZ) yang bersifat seperti sebuah konsortium atau komuniti usahawan asnaf bagi mewujudkan rangkaian perniagaan yang lebih luas dan kukuh. Ahli-ahli terdiri daripada asnaf yang telah menjadi usahawan di bawah LZS (MAIS) dan segala aktiviti keusahawanan dilaksanakan melalui konsortium ini.
Program Pembangunan Pendidikan merupakan agenda utama LZS (MAIS) dalam membantu anak asnaf maju dalam pendidikan. Pendidikan merupakan aset yang mampu mengubah kehidupan asnaf agar tidak mewarisi kemiskinan keluarga dan mampu berjaya dalam kehidupan.
Melalui program ini juga, membuka peluang kepada anak-anak asnaf terutamanya anak asnaf fakir dan miskin untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi serta bebas daripada buta huruf.
Di bawah program ini, LZS (MAIS) menyediakan dua kategori bantuan iaitu:

LZS (MAIS) menyediakan bantuan kepada asnaf fakir miskin di dalam dua jenis bantuan, iaitu bantuan kewangan dan bantuan fizikal. Melalui bantuan kewangan, LZS (MAIS) membiayai pembayaran yuran sekolah termasuklah yuran sekolah agama dan kelas tambahan. Manakala bagi aspek fizikal, LZS (MAIS) menyediakan bantuan kelengkapan persekolahan seperti pakaian seragam, beg, stoking dan kasut. LZS (MAIS) turut membantu keperluan pengangkutan seperti basikal dan yuran bas sekolah. Jumlah bantuan yang diberikan ialah pra sekolah sebanyak RM100.00, Darjah 1 hingga 6 (RM150.00) dan Tingkatan1 hingga 6 (RM250.00). Bantuan ini diberikan hanya sekali setahun.
Selain itu, LZS (MAIS) turut menyediakan asrama untuk anak asnaf fakir miskin (Baitul Hasanah) agar tumpuan terhadap pembelajaran dapat dilaksanakan. Sehingga kini terdapat tiga buah asrama Baitul Hasanah iaitu di Hulu Selangor, Kuala Selangor dan yang terbesar di Perepat, Klang.
Bagi anak asnaf fakir dan miskin yang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S), LZS (MAIS) menyediakan bantuanpembiayaanyuranpengajian.LZS(MAIS) jugamenyediakan bayaran pendahuluan persediaan pendaftaran dan peralatan keperluan pendidikan (antaranya peralatan kelengkapan kepada pemohon merangkumi pendaftaran, buku rujukan, pengangkutan, sewa penginapan, cermin mata, komputer riba, keperluan lain yang diwajibkan oleh IPT dan Sumbangan Program Kelab mahasiswa asnaf).
Selain itu, LZS (MAIS) juga, membiayai perbelanjaan elaun sebanyak RM300.00 untuk sara hidup (wang saku) secara bulanan. LZS (MAIS) juga membantu pembayaran yuran pengajian anak-anak asnaf yang melanjutkan pelajaran sepenuh masa ke pusat latihan kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan dan IPTA/S dalam negara yang diiktiraf oleh MQA Malaysia.

Bagi asnaf fisabilillah, LZS (MAIS) menyediakan dua jenis bantuan iaitu bantuan umum pelajaran dan dermasiswa pelajar untuk pelajar yang menyambung pelajaran ke Mesir, Jordan dan Morocco di dalam bidang Pengajian Islam dan perubatan.
Bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Mesir dan mengambil kursus Pengajian Islam, bantuan adalah sebanyak RM7,500.00 untuk setahun. Bagi pelajar yang mengikuti kursus perubatan pula mereka diberi bantuan sebanyak RM130,000.00 untuk 6 tahun. (Bantuan bergantung kepada kemampuan pemohon)
Bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Jordan yang mengambil kursus Pengajian Islam, bantuan adalah sebanyak RM16,000.00 setahun. Bagi pelajar yang melajutkan pelajaran ke Morocco yang mengikuti kursus Pengajian Islam, bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM13,000.00 untuk setahun.
Manakala bantuan umum pelajaran pula, bagi IPTA/S LZS (MAIS) memperuntukan bantuan hanya sekali setahun bergantung pada kursus yang diambil pelajar iaitu sebanyak RM500.00 (sijil), RM700.00 (diploma), RM1,000.00 (Ijazah Sarjana Muda), Sarjana (RM1,500.00) dan Ijazah Doktor Falsafah sebanyak RM3,000.00.
Bagi pelajar sekolah rendah/menengah pula, LZS (MAIS) memperuntukkan bantuan sekali setahun berbentuk wang tunai bagi menampung yuran persekolahan. (jumlah bergantung kepada kadar yang ditentukan).

Sejumlah besar wang zakat telah diperuntukkan bagi tujuan pembangunan institusi agama seperti masjid, surau, sekolah agama dan surau sekolah di seluruh Selangor.
Ia bertujuan menjamin kebajikan dan keselesaan, di samping mengatasi masalah struktur bangunan dan kerosakan agar pembinaan institusi agama dapat dilaksanakan dengan sempurna. Bukan setakat itu sahaja, pembinaan dan baik pulih institusi agama ini juga, akan dipantau supaya menepati spesifikasi pembinaan, agar kualiti pembinaan benar-benar terjamin demi keselamatan dan keselesaan umat Islam.
Berikut adalah antara bentuk agihan zakat Program Pembangunan Institusi Agama:
[ TONTON VIDEO " Program Pembangunan Institusi Agama" DI SINI ]

Program ini diwujudkan khusus untuk merencana dan memperkasakan golongan asnaf fakir dan miskin melalui program, kursus dan latihan kemahiran. Ini merupakan salah satu usaha LZS (MAIS) melahirkan golongan asnaf yang berkeyakinan, berdaya saing, berkemahiran, berilmu dan beriman sejajar dengan pembangunan modal insan yang diuar-uarkan oleh negara.
Perlaksanaannya adalah selaras dengan pembangunan Modul Hijrah dan kursus yang direka bentuk khusus untuk golongan ini merangkumi semua golongan sasar iaitu seisi rumah asnaf fakir dan miskin. Modul Hijrah terdiri daripada Hijrahku (Bina Insan), Hijrah Ilmu, Hijrah Institusi (belia, remaja dan keluarga) dan Hijrah ad-Dirosah. Selain itu, modul hijrah ini juga disulami dengan Kursus Cemerlang Skor A, Kursus Kejiranan, Kursus Persiapan Menghadapi Peperiksaan dan Kerjaya, Kursus Tahsinul Ibadah serta Kursus Tahsinul Quran.
Dengan kata lain, program ini diadakan khusus untuk membentuk diri umat Islam (terutamanya asnaf) yang seimbang di dunia dan akhirat.
[ TONTON VIDEO " Program Pembangunan Insan" DI SINI ]
Lihat penerangan lanjut tentang zakat dalam bentuk video: ©Hak Cipta Terpelihara 2010 Lembaga Zakat Selangor.
Paparan terbaik Google Chrome dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: LZS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.





