|
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada
seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di
bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah
tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun, maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan. Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya. Bayaran fidyah boleh dikira menggunakan Kalkulator Fidyah di bawah ini : ![]() Cara penggunaan: MAKLUMAT : Sila masukkan maklumat peribadi dan klik "SAVE" TAHUN GANTI : Merupakan tahun anda mengganti puasa tersebut. TAHUN TINGGAL : Merupakan tahun anda meninggalkan puasa. Sila pastikan anda menekan butang "SAVE" terlebih dahulu bagi setiap transaksi. Bagi tahun meninggalkan puasa berbeza pula sila klik + tambah dan "SAVE" sebelum menekan butang "KIRA"
* Lembaga Zakat Selangor (MAIS) menerima pembayaran fidyah secara tunai atau dalam bentuk beras. Bagi pembayaran secara tunai pula, LZS akan menukarkan tunai tersebut dalam bentuk beras dan mengagihkannya kepada fakir dan miskin. Bermula tahun 2012, LZS akan mengenakan tambahan RM0.05 sebagai upah untuk mengagihkan fidyah kepada asnaf. |
©Hak Cipta Terpelihara 2010 Lembaga Zakat Selangor.
Paparan terbaik Google Chrome dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: LZS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.





