Kewajipan
berzakat adalah wajib seperti yang tercatat di dalam
salah satu rukum Islam. Seperti Firman Allah ;
"Ambillah
(sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya
dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan
mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan
doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu
menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Surah
At-Taubah (ayat 103)
"Dan
dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah
zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh
rahmat".
Surah
An-Nur (ayat 56)
.gif)
"Dan
(ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat
perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman):
Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat
baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan
anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah
kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik;
dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat.
Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian
setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu
dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan
perjanjian setianya.".
Surah
Al-Baqarah (ayat 83)
Dari
ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan
berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui
kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam.
Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar
telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar
zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus
menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan
miskin di dalam harta yang mereka miliki.
_____________________________________________________
|