Had Kifayah merupakan suatu garisan kecukupan bagi seseorang individu atau bagi sesebuah keluarga. Dalam konteks kajian ini, had al-kifayah merujuk kepada suatu garisan, had atau kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) berdasarkan kos sara hidup masa kini.
Had ini juga digunakan bagi mengetahui berapakah kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.
“Tidak halal pemberian sedekah ( zakat ) kepada orang kaya dan tidak juga kepada orang yang kuat tubuh badan ( mampu berusaha )” - Riwayat Imam Tarmizi
Penilaian yang dibuat dalam menentukan had kifayah ini merangkumi enam aspek iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan. Penilaian ini dibuat berdasarkan kepada nas-nas yang digunapakai oleh ulama islam di dalam menentukan keperluan asasi manusia
Melalui haddul kifayah juga akan memudahkan proses permohonan bantuan. LZS dapat membahagikan pemohon kepada kategori fakir (termiskin) atau kategori miskin. Pemohon dapat mengetahui status permohonannya pada waktu itu tanpa perlu menunggu lama.
Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil elektrik, bil air, bil telefon dan lain-lain yang berkaitan.
Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.
Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti klinik desa, ubat kampung, hospital awam, hospital swasta dan lain-lain berkaitan.
Segala kos yang berkaitan pendidikan ahli rumah seperti yuran sekolah, kolej, universiti, buku dan lain-lain berkaitan.
Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos petrol, tambang dan lain-lain berkaitan.
Kategori penghuni isi rumah mempunyai kadar keperluan tertentu dan ia berbeza mengikut kedudukan dalam keluarga iaitu sama ada ketua keluarga atau tanggungan dan bersekolah atau sebaliknya. Berikut adalah 5 kategori yang dikenalpasti beserta definisi:-
Bapa/ibu atau ibu tunggal atau suami/isteri/ahli keluarga yang menanggung.
Isteri/anak yang bekerja dan ditanggung oleh ketua keluarga.
Isteri yang tidak bekerja atau tanggungan/anak yang tidak bekerja berumur 18 tahun ke atas.
Tanggungan/anak yang bersekolah berumur 7 hingga 17 tahun.
Tanggungan/anak yang belum bersekolah berumur 1 hingga 6 tahun atau yang bersekolah berumur 5 hingga 6 tahun.
[ Klik untuk lihat penerangan tentang "Rasional Had Kifayah Dalam Pengiraan Zakat Pendapatan" ]
©Hak Cipta Terpelihara 2010 Lembaga Zakat Selangor.
Paparan terbaik Google Chrome dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: LZS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.





