Menu Utama

PANDUAN PENGGUNA
BAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE MELALUI EPAY

 
LANGKAH 1
NOTA PENTING :- Sila pastikan anda memilih "Turn Off Pop-up Blocker" sebelum meneruskan transaksi. Lihat gambarajah di bawah :
 

Kembali

LANGKAH 2
Sila layari Porta E-Zakat di pautan www.e-zakat.com.my dan klik pada pautan pembayaran ePay seperti gambarajah di bawah.
 

Kembali

LANGKAH 3
Sila masukkan maklumat yang diperlukan dengan tepat untuk membuat bayaran:
NOTA PENTING :-Sila isi semua bahagian yang bertanda (*)
  • Nama Pembayar -Nama pembayar zakat ( ditulis pada resit rasmi bayaran zakat)
  • No KP Baru dan Lama No Kad Pengenalan pembayar.Alamat – Sila lengkapkan alamat pembayar bagi tujuan penghantara resit zakat.
  • No Telefon – Nombor telefon yang perlu dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah.
  • Jenis Zakat – Jenis Zakat Harta yang dilaksanakan sama ada Pendapatan, Simpanan dll.
  • Tahun Haul – Tahun bayaran zakat tersebut dibuat.
  • Jumlah Zakat – Jumlah Zakat yang ingin dibayar.
  •      
    Selepas selesai mengisi semua maklumat tersebut dengan betul, klik pada “ Bayar ONLINE Sekarang” untuk meneruskan pembayaran zakat.
     

    Kembali

    LANGKAH 4
    Sila buat semakan maklumat pembayar dan jumlah zakat dan klik “YA” untuk meneruskan pembayaran zakat anda. Sekiranya maklumat salah, sila klik "TIDAK".
    NOTA PENTING :-Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul terutamanya Nombor Kad Pengenalan dan alamat anda. Kemudian sila KLIK pada "Ya" untuk meneruskan pembayaran.
     

    Kembali

    LANGKAH 5
    Seterusnya, anda akan berada pada skrin MEPS. Klik pilih bank anda dan Klik "Please tick to agree on our Terms and Conditions" kemudian klik "Proceed" untuk meneruskan transaksi. Jika anda ingin membatalkan proses bayaran, sila klik "Cancel"
    NOTA PENTING :-Sila isi semua bahagian berikut :
    • Sila pilih nama Bank anda
    • Klik pada butang "Please tick to agree on our Terms and Conditions"
    • Klik "Proceed" untuk meneruskan pembayaran
     

    Kembali

    LANGKAH 6
    Kemudian, anda akan berada di Laman Perbankan Internet Bank yang dipilih. Pada skrin ini, anda perlu memasukkan "Username" dan "Password" dan klik pada butang "Login" untuk ke memasuki akaun bank anda. Contoh skrin di bawah ialah halaman Maybank2u.
     

    Kembali

    LANGKAH 7
    Pastikan semua maklumat betul. Sila klik butang "Continue" meneruskan bayaran zakat anda.
    NOTA PENTING :- Anda perlu mempunyai nombor "TAC" ( berbeza mengikut bank ) terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan bayaran zakat.
     

    Kembali

    LANGKAH 8
    Pastikan maklumat tepat dan masukkan "TAC Number" bagi mengesahkan pembayaran daripada pihak bank seperti gambar di bawah akan di paparkan. Klik "Confirm" bagi mengesahkan bayaran zakat anda.
     

    Kembali

    LANGKAH 9
    Maklumat proses telah berjaya atau gagal akan dipaparkan. Klik butang "Print receipt" untuk mencetak maklumat transaksi bank anda.
       
     

    Kembali

    LANGKAH 10
    Setelah transaksi selesai, "Logout" dari halaman bank anda untuk tujuan keselamatan. Klik "Close" untuk menamatkan tetingkap bank anda.
    NOTA PENTING :- Pastikan anda "Logout" halaman bank ini untuk keselamatan.
     

    Kembali

    LANGKAH 11
    Maklumat Transaksi dari MEPS akan dipaparkan. Sila klik pada butang “Print” untuk mencetak maklumat pembayaran tersebut sebagai bukti pembayaran anda. Dan tutup tetingkap tersebut dengan klik butang "Close"
     

    Kembali

    LANGKAH 12
    LZS juga menyediakan resit sementara bagi tujuan bukti pembayaran yang telah dilakukan sebelum resit rasmi di poskan kepada pembayar selewat-lewatnya 14 hari dari tarikh penerimaan maklumat pembayaran anda dari pihak bank. Sila klik pada butang “Cetak Resit” untuk cetak resit.
     

    Kembali

    LANGKAH 13
    Akhir sekali pengesahan bayaran tersebut akan dipaparkan. Pengguna boleh memilih untuk membayar zakat lagi dengan klik pada link "Bayar Zakat Lagi".
    NOTA PENTING :- Resit rasmi akan dihantar ke alamat anda selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh pembayaran dibuat. Sekiranya anda tidak menerima resit dalam tempoh tersebut, sila hubungi Lembaga Zakat Selangor di talian 03-55227777 (Khidmat Pelanggan).
     

    Kembali