Pembayaran zakat melalui Perbankan SMS, hanya disediakan oleh BIMB sahaja melalui kemudahan bankislam.SMS. Melalui kemudahan bankislam.SMS sekaligus menjadikannya satu alternatif Perbankan yang lengkap dan komprehensif. Dengan bankislam.SMS membolehkan anda mengakses perkhidmatan pembayaran zakat yang disediakan menerusi mana-mana rangkaian perkhidmatan telefon bimbit – 012, 013, 016, 017 atau 019.
Langkah-Langkah Untuk Perkhidmatan bankislam.SMS :
Daftar untuk mendapatkan perkhidmatan bankislam.SMS di rangkaian ATM Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
Tukarkan PIN SMS pertama yang diterima di telefon bimbit anda.
Lakukan urusan perbankan anda.
NOTA
Kemudahan bankislam.SMS terbuka kepada pemegang-pemegang kad ATM Bank Islam (Smart Card) sahaja.
Mestilah mendaftar dengan mana-mana cawangan BIMB.
Kod penerima bayaran (Payee Code) akan diberikan kepada pelanggan untuk memudahkan urusan pembayaran.
Cara pembayaran zakat menggunakan bankislam.SMS
©Hak Cipta Terpelihara 2010 Lembaga Zakat Selangor.
Paparan terbaik Google Chrome dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: LZS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.





