Mesin ATM

Hanya pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa di bank berikut sahaja boleh melakukan pembayaran zakat melalui mesin ATM :

  • Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
  • Public Bank
  • OCBC Bank
  • RHB Bank
  • Bank Simpanan Nasional

Sebagai tambahan pemegang akaun BIMB seharusnya mempunyai kad Smart ATM sementara Public Bank pula adalah PR Card ATM.

Untuk pelanggan BIMB, dikehendaki terlebih dahulu mendaftar di mana-mana cawangan BIMB. Pelanggan akan diberikan “ Kod Penerima “ semasa pendaftaran.

Apabila ingin melakukan transaksi pembayaran zakat, pembayar perlu memilih menu “ Lain-lain “ diikuti dengan menu “ Pembayaran Bil “.

Kemudian pembayar dikehendaki memasukkan nombor “ Kod Penerima “ yang diberikan semasa pendaftaran.

Pemegang kad Smart ATM (BIMB) dan PR Card ATM (Public Bank) boleh melakukan transaksi pembayaran zakat untuk Lembaga Zakat Selangor (MAIS) di mana-mana cawangan samada di sekitar Lembah Klang atau Negeri Selangor Darul Ehsan.

*NOTA : Pembayar yang membayar melalui kemudahan ATM Mesin dinasihatkan menghubungi Ibu Pejabat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Unit Proses Kutipan, Bahagian Kutipan (JDK) selepas selesai melakukan transaksi bayaran untuk tujuan kemaskini alamat perhubungan bagi memudahkan proses pengeposan resit rasmi.