Carian :  

 

 

 

 

   


 
KENYATAAN AKHBAR : MAKLUM BALAS SINAR HARIAN 17 MAC 2009


  Tarikh : 17/01/2009
Penulis : Editor

 

 

SHAH ALAM, 17 Mac 2009 – Berikut maklumbalas Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengenai isu yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib mengenai LZS di akhbar Sinar Harian pada hari ini (17 Mac 2009).

Memetik sumber akhbar Sinar Harian, Saari berkata berjuta-juta ringgit wang kutipan LZS yang tidak diagih sebelum ini disimpan dalam deposit tetap, dipindahkan kepada akaun Takaful Structured Invest, di bawah MAA Takaful pada 11 Disember 2008.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak bertanggungjawab yang dilemparkan oleh beliau mengenai LZS dan perlu membuktikan yang ia berlaku. Ini kerana MAIS mahupun LZS tidak pernah memindah atau merancang untuk melakukan sedemikian terhadap wang zakat yang belum diagih.

Apa yang berlaku ialah, wang zakat yang belum diagihkan itu disimpan di dalam akaun simpanan tetap samada di Bank Islam mahupun Bank Rakyat yang dijamin dari segi keselamatan dan patuh syariah. Wang zakat yang belum diagihkan, perlu disimpan di bank melalui sistem Mudharabah sebelum ia disalur dan diagihkan kepada golongan yang berhak melalui program dan aktiviti yang telah dirancang. Malah, sebarang pindahan wang zakat mahupun Baitulmal perlu mendapat kelulusan jawatankuasa yang berkaitan samada di MAIS mahupun LZS.

Sesungguhnya kenyataan tersebut berbaur fitnah serta menjatuhkan imej dan integriti MAIS secara keseluruhannya yang dinaungi oleh DYMM Sultan Selangor.

Sehubungan itu, MAIS memohon supaya beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan atau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian.

Kenyataan daripada,

YANG AMAT DIHORMATI
DATO’ SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB MOHD ISA
PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

 

 

New Page 5


  Copyright © 2006
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
All Right Reserved
 

-