|

|
Salah satu ekad ramadhan
|
Assalamualaikum wbt.
Bertemu lagi kita di ruangan editor ini. Semoga semua pengunjung portal ezakat ini berada di bawah lindungan dan rahmat dari Allah sentiasa.
Selamat menunaikan Ibadah puasa kepada semua umat Islam di mana jua anda berada. Rebutlah peluang yang tiba sekali setahun ini kerana terlalu banyak manfaat dan ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang memperbanyakkan ibadah kepadaNya sepanjang bulan Ramadhan ini.
Majlis Fatwa Negeri Selangor telah menetapkan kadar fitrah bagi tahun 2008 bagi Negeri Selangor ialah RM5.20 seorang. Ia telah dipersetujui oleh DYMM Sultan Selangor bagi penetapan harga fitrah tersebut. Kadar secupak beras pula ialah RM1.30. Individu yang ingin membayar fidyah puasa yang ditinggalkan, harga tersebut perlu dibayar bagi setiap hari yang telah ditinggalkan.
Editor juga menerima banyak persoalan daripada orang ramai tentang fidyah puasa. Untuk pengetahuan semua, LZS tidak menerima bayaran zakat fitrah serta fidyah puasa melalui internet banking. Pihak bank hanya menerima bayaran untuk zakat harta seperti zakat pendapatan, perniagaan dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut berhubung fidyah serta pengiraannya bolehlah klik di link ini : PENGIRAAN FIDYAH PUASA.
Berikut juga disertakan jadual berbuka puasa dan imsak bagi seluruh Negeri Selangor bagi tahun 1429 hijrah atau 2008 : JADUAL BERBUKA PUASA DAN IMSAK.
Sepanjang Bulan Ramadhan ini juga, LZS akan membuka kaunter zakat di seluruh Negeri Selangor 7 hari seminggu bagi memudahkan orang ramai menunaikan kewajipan zakat mereka. Diharapkan perkhidmatan tersebut digunakan dengan sebaiknya oleh orang ramai untuk menunaikan ibadah zakat harta dan zakat fitrah mereka sepanjang bulan Ramadhan ini. Selamat Berpuasa.
Wassalam.
|