New Page 3


 

 

 

 

   


 
PENGUMUMAN : TARIKH TUTUP JAWATAN KOSONG DILANJUTKAN.


  Tarikh : 24/05/2008
Penulis : Editor

 

 


Assalamualaikum wbt.

Terima kasih kerana mengunjungi portal kami. Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah melanjutkan tarikh tutup beberapa kekosongan jawatan bagi memberi ruang kepada orang ramai untuk memohon sehingga 28hb Mei 2008

Jawatan-jawatan tersebut ialah :

- Jurutera Sistem (System Engineer)
- Pentadbir Pangkalan Data ( Database Administrator)
- Eksekutif dan Pegawai Unit Audit Dalaman
- Eksekutif Perancang Ekonomi
- Eksekutif Rendah Penyelidikan Syariah

Setiap permohonan jawatan tersebut mestilah disertakan surat permohonan, sekeping gambar berukuran passport, salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

i. Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
ii. Diploma/Ijazah;
iii. Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/Sijil daripada LAN atau JPA
iv. Surat Berhenti Sekolah;
v. Sijil SPM
vi. Sijil-sijil berkaitan
vii. Ibu dan bapa pemohon atau salah seorangnya kelahiran Selangor
• Pengesahan salinan sijil hanya boleh ditandatangani oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan & Profesional atau Ketua Kampung atau Penghulu atau Nazir Masjid

Semua pemohon dikehendaki untuk menuliskan nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat bagi memudahkan proses pemilihan dijalankan. Permohonan tersebut hendaklah sampai ke alamat berikut :

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS)
ARAS 9 MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
03-55227700

Tarikh tutup permohonan pada 28 Mei 2008 (Rabu).

Sekian,terima kasih.

 

 

New Page 5


  Copyright © 2006
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
All Right Reserved
 

-