New Page 3


 

 

 

 

   


 
TAWARAN JAWATAN KOSONG DI LZS


  Tarikh : 05/12/2008
Penulis : Editor

 

 

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih kerana mengunjungi portal kami. Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah membuka peluang kerjaya kepada anak kelahiran Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan yang terdapat dalam organisasi kami ini.

Sila klik pada pautan ini untuk melihat jawatan kosong yang ditawarkan tersebut IKLAN JAWATAN KOSONG LZS. (fail dalam bentuk pdf). Jawatan - jawatan tersebut adalah :

- Jurutera Sistem (System Engineer)
- Pentadbir Pangkalan Data ( Database Administrator)
- Eksekutif dan Pegawai Pengurusan Hartanah
- Eksekutif Perniagaan
- Eksekutif dan Pegawai Unit Audit Dalaman
- Eksekutif Perancang Ekonomi
- Eksekutif Rendah dan Pegawai Unit Naziran dan Analisa Pelaburan
- Eksekutif Rendah dan Pegawai Akaun
- Eksekutif Rendah Penyelidikan Syariah
- Pegawai Zakat (Kaunter / Dakwah / Agihan)
- Pegawai Unit Penilaian dan Perolehan
- Pembantu Tadbir II (Juruteknik)
- Pembantu Tadbir III

Setiap permohonan jawatan tersebut mestilah disertakan sekeping gambar berukuran passport, salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

i. Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
ii. Diploma/Ijazah;
iii. Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/Sijil daripada LAN atau JPA
iv. Surat Berhenti Sekolah;
v. Sijil SPM
vi. Sijil-sijil berkaitan
vii. Ibu dan bapa pemohon atau salah seorangnya kelahiran Selangor
• Pengesahan salinan sijil hanya boleh ditandatangani oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan & Profesional atau Ketua Kampung atau Penghulu atau Nazir Masjid

Semua pemohon dikehendaki untuk menuliskan nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat bagi memudahkan proses pemilihan dijalankan. Permohonan tersebut hendaklah sampai ke alamat berikut :

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS)
ARAS 9 MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
03-55227700

Tarikh tutup permohonan pada 20 Mei 2008 (Selasa).

Sekian,terima kasih.

 

 

New Page 5


  Copyright © 2006
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
All Right Reserved
 

-