 |
| |
 |
 |
|
|
|
|
|
|
|
 |
| |
Ditubuhkan lebih sepuluh tahun lalu, Pusat Zakat
Selangor (Majlis Agama Islam Selangor), begitu
sinonim dengan peningkatan kesedaran berzakat di
negeri Selangor dan kecekapan mengagihkannya.
Selama sedekad itu, banyak institusi Islam yang
dibantu, golongan dhaif yang mampu tersenyum puas
- punya jaminan hidup, sosio ekonomi dan budaya
yang seimbang.
Telah lebih sepuluh tahun jugalah PZS (MAIS) terus
berdakwah, berdoa dan bertawakkal untuk membimbing
dan mengajak seluruh umat Islam menunaikan rukun
Islam yang wajib ini. Sesungguhnya amanah tersebut
akan terus dipegang dan ditunaikan dengan sebaik
mungkin agar rukun Islam ini akan terus dijunjung
dan dimartabatkan.
Telah sepuluh tahun juga PZS (MAIS) sentiasa
berusaha memberikan khidmat yang terbaik buat
kumpulan sasarnya - pembayar dan penerima zakat.
Dengan didukungi lebih 180 kakitangan dan sokongan
20 buah kaunter perkhidmatan, dua kumpulan sasar
ini sentiasa memberikan khidmat dan layanan
terbaik. Hanya yang terbaik daripada PZS (MAIS)
kerana "anda di hati kami".
Kini setelah sedekad berlalu, PZS (MAIS) berazam
akan terus memberikan yang terbaik, dengan
sokongan anda semua. PZS (MAIS) akan terus memikul
dan menjalankan amanah sebagai amil dan amilin.
Itu komitmen PZS (MAIS). Dengan motto "
Peneraju Keseimbangan Sosio Ekonomi Ummah" PZS
(MAIS) kini telah dikenali sebagai LEMBAGA
ZAKAT SELANGOR (MAIS).
Semoga dengan penaiktarafan ini akan lebih
meningkatkan lagi mutu kerja dan komitmen dalam
menguruskan kutipan dan agihan zakat kepada 8
golongan asnaf dengan lebih berkesan di Negeri
Selangor. |
 |
|
|

| |
|
Tahun |
Kronologi
|
|
1994 |
Pusat Zakat
Selangor (MAIS) mula didaftarkan dengan nama MAIS
ZAKAT Sdn Bhd |
|
1995 |
Memulakan operasi
sepenuhnya meliputi penggunaan perisian komputer,
resit zakat berkomputer. Beroperasi di Seksyen 14,
Petaling Jaya |
|
1996 |
Nama Pusat Pungutan
Zakat MAIS ditukar kepada PZS (MAIS) |
|
1997 |
PZS (MAIS)
berpindah ke Seksyen 9, Shah Alam. Mendapat mandat
untuk mengutip zakat fitrah |
|
1998 |
Pusat Agihan Zakat
diterapkan kedalam PZS (MAIS) dengan nama Bahagian
Agihan Zakat PZS |
|
2000 |
Ibu Pejabat PZS (MAIS)
dipindahkan ke kompleks MAIS, Klang
Mendapat pengiktirafan MS ISO 9002 |
|
2004 |
Memindahkan lokasi
ibu pejabat ke lokasi yang lebih strategik iaitu
di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam
Menerima anugerah kualiti MS ISO 9001:2000 |
|
2006 |
Bertukar kepada
Lembaga Zakat Selangor MAIS |
|
|
|

|
|
|
|
 |
 |
|
Copyright
©
2006
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
All Right Reserved |
|
- |
|
|
|


|
|