 |
ZAKAT
WANG SIMPANAN |
Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk
bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk
kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak
sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah
berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau
perak (595 gram)
DALIL WAJIB
ZAKAT
|
"Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah
bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup
haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak
diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20
dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara
Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya
diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika
nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta
kecuali genap setahun."
|
Kaedah Kiraan Zakat Wang Simpanan
|