Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di
ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan
dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat
tersebut ialah:
ISLAM
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam
sahaja.
MERDEKA
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu
syarat wajib.
SEMPURNA MILIK
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan
dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka.
Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan
orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam
sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT
Para Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan
penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan
baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta
yang dikenakan zakat.
CUKUP NISAB
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu
harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan
nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas
bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
CUKUP HAUL
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari
mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun
Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun
merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil
pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.