Carian :  

 

 

 

 

   



 

KENYATAAN TAWARAN

 

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

 

  1. Tawaran dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dan beralamat di negeri Selangor dan Kuala Lumpur serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang berikut :

Bil No.Tender Perkara Bidang Pendaftaran Taklimat Tender di wajibkan hadir Taraf Tawaran
1. 01/2008 Membekal, Menghantar,Menguji Dan Mentauliah 20 Unit Kenderaan Van Jenazah ke Lembaga Zakat Selangor 160103 atau 160104 Tarikh : 25 Julai 2008(Jumaat) Waktu : 10.00 pg Tempat : Bilik Mesyuarat Aras 10,Lembaga Zakat SElangor

 

Bumiputera

 

  1. Dokumen tawaran dan butir-butir lanjut boleh didapati daripada Unit Perolehan Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pentadbiran Dan Teknologi Maklumat, Lembaga Zakat Selangor, Aras 9, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid 40000 Shah Alam.

  2. Dokumen tawaran boleh dibeli pada waktu pejabat mulai Jumaat 18 Julai 2008 dengan harga RM50.00 setiap naskhah dan hendaklah dibuat menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos/Draf Bank berpalang atas nama LEMBAGA ZAKAT SELANGOR.

  3. Sijil Kejuruteraan Bengkel dari Jabatan Pengangkutan Jalan ( jika ada ) dan Akaun Pendaftar Kontraktor dan Akaun Pendaftaran Kontraktor Bumiputera yang ASAL dengan Kementerian Kewangan Malaysia hendaklah ditunjukkan semasa membeli dokumen tawaran dan salinan fotostat kedua-dua akaun pendaftaran dan sijil tersebut hendaklah juga dikemukan untuk simpanan Lembaga Zakat Selangor.

  4. Lembaga Zakat Selangor ( MAIS ) tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran dan juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana tawaran yang dikemukakan melalui pos.

  5. Tawaran di atas akan ditutup pada hari Isnin 04 Ogos 2008 jam 12.00 tengah hari.

          b.p

          PENGURUS BESAR

          LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

          MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR.

 

 

 

 SYARAT-SYARAT AM

 

TENDER MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJI DAN MENTAULIAH

KENDERAAN VAN JENAZAH KE LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

 

 No. Rujukan : LZS/JP?UPE/T/AA/BE/Bil (001)

_____________________________________________________________________

 

  1. Petender yang berdaftar dan beralamat di negeri Selangor dan Kuala Lumpur dikehendaki mengemukakan salinan sijil pendaftaran yang diakui sah dan belum tamat tempoh dari Kementerian Kewangan bertaraf Bumiputera di bawah kod bidang: 160103 atau 160104. Petender yang memiliki Sijil Kejuruteraan Bengkel dari Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia adalah satu kelebihan.

  2. Tawaran hendaklah dibuat dengan menggunakan borang-borang yang dikepilkan. Tawaran yang dikirimkan hendaklah dalam sampul surat yang berlakri dialamatkan kepada :

          Pengurus Besar

          Lembaga Zakat Selangor

          Unit Perolehan Bahagian Pentadbiran Aras 9

          Jabatan Pentadbiran Dan Teknologi Maklumat

          Menara Selatan Bangunan Sultan Idris Shah

          Persiaran Masjid 40000 Shah Alam

   

          ( u.p : En. Zaharuddin bin Kadiron )

 

          Nombor rujukan tender atau nama tender hendaklah ditulis di sudut atas

          sebelah kiri sampul surat. Tawaran tender hendaklah dihantar atau sampai

          ke alamat di atas tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari Isnin 04

          Ogos 2008. Hanya tawaran yang disampaikan dalam borang-borang

          tertentu sahaja akan diterima. Borang-borang yang diterima lewat dari

          tarikh dan masa di atas tidak akan dipertimbangkan. Tawaran yang

          dihantar melalui POS hendaklah dengan POS BERDAFTAR kepada   

          alamat diatas.Lembaga Zakat Selangor ( MAIS ) tidak bertanggungjawab

          di atas kelewatan atau kehilangan yang dihantar melalui pos.

 

  1. Petender yang berjaya dikehendaki membekalkan kenderaan berkenaan sebagaimana tempoh yang ditetapkan.

  2. Lembaga Zakat Selangor ( MAIS ) tidak terikat dengan tawaran sebut harga terendah atau mana-mana tawaran tender sama ada tawaran keseluruhan atau tawaran setiap item.

  3. Tender yang ditawarkan hendaklah harga bersih dan muktamad termasuk kos penghantaran dan lain-lain kos yang berkaitan.

  4. Lembaga Zakat Selangor ( MAIS ) berhak menolak kenderaan berkenaan jika tidak mengikut spesifikasi yang dikemukakan dalam tawaran tender dan tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian bersabit dengan penolakan kerja tersebut.

  5. Petender yang telah membekalkan kenderaan berkenaan tetapi tidak mengikut spesifikasi, dikehendaki membekal semua seperti yang ditetapkan. Lembaga Zakat Selangor ( MAIS ) tidak akan bertanggungjawab di atas perbelanjaan ini.

         b.p

         Pengurus Besar

         Lembaga Zakat Selangor

         Majlis Agama Islam Selangor

          

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



  Copyright © 2006
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
All Right Reserved
 

-