 |
Skim Berkat ini terbuka kepada semua kakitangan
sektor kerajaan, badan berkanun dan sektor swasta
yang beragama Islam.
|
 |
Borang kebenaran potongan gaji ini hendaklah diisi
oleh pembayar zakat dalam tiga (3) salinan dan
diserahkan ketiga-tiga salinan kepada Majikan atau
LZS yang berhampiran.
|
 |
Jumlah potongan gaji untuk ansuran bulanan boleh
ditentukan oleh pembayar sendiri ataupun merujuk
kepada buku panduan Skim Potongan Zakat Berjadual
yang boleh didapati daripada pihak majikan (Bahagian
Gaji) atau daripada Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
|
 |
Penyata rasmi pembayaran akan dihantar kepada
pihak pembayar ke alamat penghantaran penyata
bayaran seperti yang tercatat di dalam Borang
Kebenaran Potongan Gaji. Penyata rasmi pembayaran
zakat akan dikeluarkan setahun sekali.
|
 |
Transaksi pembayaran 6 bulan akan dihantar kepada
pencarum untuk tujuan semakan
|
 |
Sekiranya berlaku pertukaran alamat penghantaran
penyata bayaran, sila maklumkan kepada Lembaga
Zakat Selangor (MAIS)
|
 |
Sebarang perubahan jumlah bayaran penambahan,
pengurangan dan pemberhentian hendaklah
dimaklumkan kepada majikan
|
 |
Untuk sebarang pemberhentian, pemohon hendaklah
memaklumkan kepada LZS.
|