| |
 |
PANDUAN
PENYERTAAN
SKIM BERKAT - MAJIKAN |
Berikut ialah panduan penyertaan Skim Potongan Gaji (SPG)
atau Skim Berkat bagi pihak majikan:
PROSES PERMOHONAN
 |
Borang
kebenaran potongan gaji 'SALINAN LZS (MAIS)' yang
telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) bersama dengan cek
pembayaran, 'SALINAN MAJIKAN' hendaklah disimpan
untuk semakan dan rekod. 'SALINAN PEMOHON'
hendaklah diserahkan kepada pemohon untuk rekod
peribadi.
|
 |
Majikan
mestilah menghantar pembayaran Skim Berkat SETIAP
bulan
|
 |
Pembayaran
zakat akan dikreditkan pada tarikh penerimaan
pembayaran. Slip bayaran zakat potongan gaji akan
dihantar kepada pihak majikan sebagai bukti
pembayaran.
|
 |
Kebenaran
potongna gaji untuk bayaran zakat secara ansuran
telah diberikan kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
oleh Jabatan Buruh di bawah Seksyen 24(7) Akta
Kerja 1955.
|
 |
Borang
kebenaran potongan gaji (salinan LZS) yang telah
diproses oleh majikan hendaklah dihantar kepada
LZS berserta cek panbayaran. Bagi bulan seterusnya
majikan hanya perlu menghantar cek bayaran,
senarai nama, nombor kad pengenalan, jumlah
bayaran sebulan dan bulan bayaran sama ada melalui
kaedah manual atau disket.
|
 |
Bayaran zakat
untuk bulan Disember hendaklah dihantar kepada
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) sebelum atau pada 15hb
Disember tahun berkenaan. (Kelewatan berbuat
demikian akan menyebabkan bayaran akan diproses
pada Januari tahun berikutnya.)
|
 |
Bagi pemohon
yang dikenakan Potongan Cukai Berjadual (PCB) dan
telah membayar zakat, majikan hendaklah
mengurangkan atau menghentikan jumlah PCB
berdasarkan jumlah zakat yang dibayar. (Sila rujuk
edaran terbaru buku Petongan Cukai Bejadual LHDN
pindaan 2004).
|
PROSES PEMBAYARAN
 |
Bagi mengelakkan sebarang
pembayaran tertunggak, pihak majikan hendaklah
menghantar cek pembayaran mengikut bulan yang
berkenaan.
|
 |
Pembayaran zakat hendaklah
dihantar kepada pihak LZS sebelum atau pada 10
haribulan setiap bulan.
|
 |
Pihak LZS akan memproses cek
bayaran berdasarkan tarikh penerimaan dan dan
bukannya mengikut bulan pembayaran.
|
 |
Pembayaran dengan cek
hendaklah ditulis atas nama Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
dan di alamatkan kepada :
| |
Jabatan
Dakwah dan Kutipan,
Lembaga Zakat Selangor,
Tingkat 9 & 10, Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah, No.2, Persiaran
Masjid,
Bukit SUK, Seksyen 5
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 55227700 Fax : 03 55227724 |
|
 |
Sila pastikan pihak majikan
(bahagian pembayaran) menerima Surat Akuan
Pembayaran daripada LZS setelah membuat pembayaran.
Majikan sangat digalakkan untuk menggunakan sampul
surat khas yang disediakan
|
|