 |
INFO SKIM
BERKAT |
Skim Potongan Gaji (SPG) atau Skim Berkat telah
diperkenalkan oleh Lembaga Zakat Selangor bertujuan
menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat melalui potongan
gaji bagi memudahkan umat Islam yang bekerja di Selangor
menunaikan kewajipan masing-masing. Ia juga bertepatan
dengan Warta Kerajaan bertarikh 1 Januari 2001 berkenaan
dengan dengan kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan
Daripada Saraan) (Pindaan) 2000 dan berkuatkuasa mulai
Januari 2001;
Di mana seorang pekerja telah membuat bayaran zakat yang
dibuat kepada pihak berkuasa zakat, majikan boleh membuat
penyesuaian kepada PCB yang harus dipotong setelah melihat
bukti tentang bayaran zakat tersebut.
|
CONTOH 1: |
PCB bagi Januari 2001
Zakat dibayar : RM55
PCB patut dipotong : RM95
PCB perlu dipotong : RM40 (RM95 - RM55)
|
|
CONTOH 2: |
PCB bagi Mei 2001
Zakat dibayar : RM85
PCB patut dipotong : RM50
PCB perlu dipotong : TIADA
|
Lebihan zakat RM35 dalam Contoh 2 di atas boleh dibawa ke
hadapan untuk ditolak daripada PCB bagi bulan berikutnya.
Walau bagaimanapun, pelarasan sedemikian hanya boleh dibuat
pada tahun yang sama sahaja.
Dengan pindaan ini, anda boleh memohon kepada majikan untuk
terus membuat pelarasan Potongan Cukai Berjadual (PCB) dan
zakat pada bila-bila masa (tertakluk kepada kemudahan yang
disediakan oleh majikan).
Anda juga tidak perlu menunggu sehingga ke tahun berikutnya
untuk mendapatkan pelarasan oleh LHDN.
|