| |
|
 |
|
|
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi
sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan
mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari
akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka,
kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman
bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar
Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat
103)
|
|
|
 |
|
|
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta
keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya
kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)
|
|
|
 |
|
|
"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami
mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan
berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan
ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa,
dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang
miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia
perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah
sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu
berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu
itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan
sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan
perjanjian setianya." Surah Al-Baqarah (ayat 83)
|
|
Dari ayat-ayat di
atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan
sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya,
maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah
membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi
orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka
yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa
wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam
harta yang mereka miliki.
|