 |
ZAKAT
PERNIAGAAN |
Zakat
perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta
perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan,
perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya
dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan
persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan
Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan
saham dan sebagainya.
DALIL WAJIB ZAKAT
Firman Allah s.w.t:
|
"Wahai
orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada
hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang
kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
Surah al-Baqarah (ayat
267)
|
Allah menjelaskan
bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu,
bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion,
maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Menjadi sesuatu
kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka
bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai
harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk
dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak
mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang
meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika
tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan
tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".
|
KAEDAH PENGIRAAN
ZAKAT PERNIAGAAN
1. Kaedah Model
Berkembang "Growth Model"
Ia mengambil kira
ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber
pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada
dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah
Modal dicampur dengan Keuntungan.
|
Ekuti Pemilik +
Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Bukan Semasa +/-
Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan
Zakat |
2. Kaedah Model Modal
Kerja "Working Capital"
Ia mengambil kira
kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa
perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang
berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat
samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu
ditambah atau membuat tolakan.
|
Aset Semasa -
Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk
Kepada Pengiraan Zakat |
PELARASAN
Pelarasan yang
terlibat dalam pengiraan di atas adalah bersumberkan hujah dan asas
seperti berikut:
1. Ditolak Daripada
Aset Semasa.
Semasa mengambil
kira harta semasa berikut adalah perkara yang perlu dibuat pelarasan:
 |
Barang-barang
Tidak Wajib Zakat
Hendaklah
dikeluarkan seperti barang-barang dan hasil yang haram umpama
riba, judi dan arak.
|
 |
Bukan Milik
Sempurna
Bayaran deposit
air, deposit telefon, elektrik dan lain-lain yang seumpamanya
hendaklah ditolak kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat milik
sempurna. (Zakat hanya tunduk kepada penerima deposit yang
berkenaan seperti Telekom, TNB).
|
 |
Si Penghutang
Kewangan
Wang yang
dipinjamkan akan dikenakan zakat atas si peminjam berdasarkan
bahawa ciri-ciri milik sempurna aset tersebut berpindah ke si
peminjam. Si peminjam berkuasa dan bebas untuk menguruskan
wang itu untuk sebarang tujuan dan mendapat manfaat di atas
pinjaman itu.
|
 |
Tiada Item
Yang Dikenakan Zakat Dua Kali
Nilai dividen
yang sudah dibayar zakat oleh syarikat yang dilaburkan akan
ditolakkan.
|
 |
Aset Semasa
Mestilah Yang Produktif
Hutang lapuk,
stok lupus, penurunan nilai yang ketara & kekal hendaklah
ditolak.
|
 |
Tabung-tabung
Yang Bersifat Kebajikan
Tabung bagi
tujuan kebajikan seumpama khairat, pendidikan yang terdapat
dalam aset semasa akan dikecualikan dari zakat.
Walaubagaimanapun, tabung kebajikan yang bersifat pusingan
seperti pinjaman Qardhul Hassan, amaun yang dikecualikan zakat
adalah nilai pokok yang dimanfaatkan manakala bagi tabung
kebajikan yang bersifat 'hangus' melalui pemberian derma,
khairat maka hanya nilai baki tabung yang dikecualikan.
|
 |
Bagi Kategori
Inventori / Stok
Barangan akhir
siap sahaja diambil kira; manakala stok bahan mentah serta
kerja dalam proses tidak diambil kira |
1.1 Aset Semasa (Kes
Pelarasan yang perlu dicampur)
Semua sumbangan,
derma dan sedekah yang dibuat oleh entiti perniagaan tersebut pada
akhir haul (sukuan terakhir) perlu dicampurkan semula (dengan andai
derma itu tidak menggugat kecairan syarikat) ke dalam harta semasa
kerana harta semasa yang disalurkan untuk kebajikan masih dikenakan
zakat kecuali kalau sumbernya adalah dari tabung kebajikan.
2. Dicampur Kepada
Tanggungan Semasa
Menurut pendapat
Imam Syafie - Tidak ada syarat hutang dalam menentukan samaada harta
tersebut layak nisab ataupun tidak. Menurut pendapat Syafie hutang
kewangan (bukan liabiliti perdagangan) tidak menghalang kewajipan
zakat.
|
Bagi memenuhi nisab,
liabiliti semasa yang boleh ditolak adalah yang ianya bersifat
operasi sahaja termasuk:
-
Pemiutang
Perdagangan (Trade Creditors).
-
Kos operasi
(Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon
-
Cukai.
|
Oleh yang
demikian pelarasan adalah melibatkan item-item yang tidak dibenarkan
tolakan seperti berikut:
-
Bukan berbentuk
operasi perniagaan iaitu 'financial loans' dan pengkelasan
semula pinjaman berjangka.
-
Dividen yang
dicadangkan (Dividend Payable).
-
'Overdraf'.
-
Pajakan kewangan /
modal (financial / capital lease).
|