 |
ZAKAT FITRAH |
PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap
individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan
syarat-syarat yang ditetapkan.
SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan
keluarga atau tanggungannya ialah:
 |
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari
keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
|
 |
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan
Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
|
 |
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan
Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
|
 |
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir
Ramadhan. |
|