 |
ZAKAT PENDAPATAN |
Pendapatan
bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan
bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun
perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya
tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun
adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini. Kesemuanya ini
dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan
hukum bagi kesemuanya adalah sama.
Pengertian gaji
ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran
perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau
syarikat atau institusi. Contoh:
-
Gaji tahunan
-
Tunggakan gaji
-
Pelbagai elaun (kenderaan,
makan, mesyuarat)
-
Lain-lain (termasuk
bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang
berkaitan dengan penggajian.
Pendapatan bebas
ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha
kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada
khidmatnya. Contoh:
-
Khidmat guaman
-
Khidmat nasihat
-
Juru perunding
-
Rawatan perubatan
-
Kejuruteraan
-
Seniman
-
Lain-lain
DALIL WAJIB ZAKAT
Firman Allah s.w.t:
|
"Wahai
orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada
hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang
kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
Surah al-Baqarah (ayat
267)
|
Allah menjelaskan
bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu,
bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion,
maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Menjadi sesuatu
kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka
bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai
harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk
dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak
mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang
meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika
tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan
tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".
|
SYARAT WAJIB
ZAKAT
 |
Islam.
|
 |
Merdeka.
|
 |
Sempurna Milik.
|
 |
Hasil usaha yang baik sebagai
sumber zakat.
Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang
merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian,
ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya.
Pendapat para fuqaha' menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan
dan penggajian disebut sebagai 'mal mustafad' iaitu perolehan
baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan
zakat.
|
 |
Cukup nisab.
Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85
gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya
diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas.
|
 |
Cukup haul.
Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua
hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya.
Dalam hal ini, apa yang lebih penting ialah seharusnya zakat
pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau
penghasilan dan bukannya harta wang simpanan ini bersesuaian
dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat. |
KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT
Terdapat 3 garis
panduan mengira zakat pendapatan
KAEDAH
1
2.5 % atas jumlah
pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi
nisab)
CONTOH:
Jika jumlah kasar dari
sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka zakatnya sebanyak
RM33,800.00 x 2.5 % = RM845.00
KAEDAH 2
Membayar zakat setelah
menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenakan (berlandaskan
kaedah penolakan yang dibenarkan
KAEDAH
3
Membayar zakat setelah
mengambil kira tanggungan sebenar.
CONTOH PENGIRAAN
ZAKAT MENGIKUT KAEDAH 2 DAN 3
|
A. Pendapatan
Dari Semua Sumber (setahun) |
RM |
|
Gaji |
24,000 |
|
Elaun |
5,800 |
|
Bonus |
4,000 |
|
Lain-lain |
5,000 |
|
JUMLAH
PENDAPATAN |
38,800 |
| |
|
B. Perbelanjaan
Yang Dibenarkan (setahun) |
RM |
|
Diri |
8,000 |
|
Isteri |
3,000 |
|
Anak-anak (1,000 x
4 orang) |
4,000 |
|
Pemberian IbuBapa |
2,400 |
|
Caruman KWSP |
2,400 |
|
Caruman Tabung Haji |
600 |
|
Caruman kepada
institusi / koperasi yang telah memberi zakat bagi pihak ahli. |
1,200 |
|
JUMLAH TOLAKAN |
21,600 |
| |
|
C. Pendapatan
Bersih Yang Layak Dizakat (A-B) |
RM |
RM38,800 - RM
21,600
Nilai melebihi paras nizab, (contoh: nisab bagi tahun 2006
(April) = RM 6,297.96) |
17,200 |
| |
|
D. Zakat Yang
Wajib Dibayar (C x 2.5%) |
RM |
|
RM17,200.00 x 2.5% |
430.00 |
NOTA:
-
Perbelanjaan bagi
diri, isteri dan anak dalam jadual di atas adalah berdasarkan
kaedah penolakkan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua).
-
Bagaimanapun
perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak boleh diambil kira
tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah ketiga) iaitu mengambil
kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan,
pengankutan, pendidikan dan tempat tinggal.
-
Pemberian kepada ibu
bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji, caruman kepada institusi/koperasi
yang telah membayar zakat bagi pihak ahli hendaklah berdasarkan
kepada jumlah sebenar.
|