New Page 3


 

 

   



 

 

 


Sistem ini disediakan bagi membolehkan pengguna mengetahui rekod bayaran zakat mereka secara ONLINE tanpa perlu ke kaunter Pusat Zakat Selangor.

 

Selain itu, pengguna juga boleh mengemaskini rekod maklumat mereka melalui sistem ini.

 

KELEBIHAN SISTEM INI

 

  • Tidak perlu ke kaunter untuk mengetahui rekod pembayaran anda

  • Menjimatkan masa dan tenaga

  • Tidak perlu bersesak-sesak di jalan raya

  • 24 jam 7 hari seminggu

 

** Kemudahan ini khusus bagi pembayar zakat di Pusat Zakat Selangor SAHAJA.


 

 

 


Sistem ini merupakan satu sistem berkonsep ONLINE yang dibangunkan untuk memberi kemudahan tambahan (value added) kepada para majikan yang menyertai Skim Potongan Gaji (Skim Berkat) di Pusat Zakat Selangor.

 

Antara kemudahan yang disediakan:

 

  • Membuat taksiran bayaran sendiri

  • Melihat dan menyemak rekod bayaran zakat

  • Menyemak dan mengemaskini maklumat majikan dan kakitangan yang mencarum

  • Menyemak dan memohon penyata tahunan

  • Menerima maklumat terkini daripada Pusat Zakat Selangor

  • Tidak perlu menghantar terlalu banyak dokumen

  • Mempercepatkan proses penghantaran dokumen


 

 

 
FPX merupakan satu kaedah pembayaran online terkini di Malaysia yang diuruskan oleh Malaysian Electronik Payment System Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MEPS. Ia bakal menjadi elemen terpenting di dalam pembayaran secara ONLINE di Malaysia dalam masa terdekat ini. Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet (multi-bank internet payment).

FPX boleh diumpamakan seperti gerbang pembayaran internet (Internet Payment Gateway) yang membolehkan pembayar menggunakan satu platform yang sama bagi pembayaran secara online bagi bank-bank yang berbeza.


Apakah jenis Bank yang telah menyertai FPX ini ?
 
  • Bumiputra-Commerce Bank Bhd

  • Malayan Banking Bhd

  • Public Bank Berhad

  • Bank Islam Malaysia Bhd

  • Hong Leong Bank Bhd

  • Deutsche Bank AG

Bagaimana Transaksi Dilakukan ?

Bagi pembayaran zakat, pembayar hanya perlu melayari portal e-zakat di www.e-zakat.com.my dan klik pada pembayaran FPX untuk membayar zakat. Pembayar perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu di bank-bank yang terlibat sebelum boleh meneruskan pembayaran. Ikuti langkah-langkah yang diberikan. Itu sahaja, dan pembayaran zakat telah selesai dilakukan.

 

 

 

   
  Lembaga Zakat Selangor (MAIS) menyediakan perkhidmatan "Sumbangan Derma Gaza" melalui kaedah pembayaran FPX kepada umat Islam di seluruh dunia.  Umat Islam boleh menggunakan perkhidmatan percuma dan mudah ini untuk menyalurkan bantuan kepada mereka.

Apakah jenis Bank yang telah menyertai FPX ini ?
 

  • Bumiputra-Commerce Bank Bhd

  • Malayan Banking Bhd

  • Public Bank Berhad

  • Bank Islam Malaysia Bhd

  • Hong Leong Bank Bhd

  • Deutsche Bank AG

Bagaimana Transaksi Dilakukan ?

Bagi pembayaran zakat, pembayar hanya perlu melayari portal e-zakat di www.e-zakat.com.my dan klik pada pembayaran FPX untuk membayar zakat. Pembayar perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu di bank-bank yang terlibat sebelum boleh meneruskan pembayaran. Ikuti langkah-langkah yang diberikan. Itu sahaja, dan pembayaran zakat telah selesai dilakukan.

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

New Page 5


  Copyright © 2006
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
All Right Reserved
 

-