 |
TERMINAL
ONE PAY |
Lembaga Zakat Selangor
(LZS) MAIS melancarkan satu lagi kaedah pembayaran
zakat yang dikenali sebagai zakat@one pay iaitu
pembayaran zakat menggunakan kad ATM (Kad debit)
yang boleh dilakukan di seluruh stesen minyak
Petronas terpilih dalam Negeri Selangor. Pelancaran
telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama
Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib
Mohd Isa pada 16 Disember 2008. Kemudahan ini
merupakan inovasi LZS dengan kerjasama syarikat
MobilityOne Sdn Bhd. Ia menawarkan keselesan dan
kemudahan yang fleksibel kepada pengguna untuk
membuat pembayaran zakat secara eletronik.
Pembayaran zakat dengan boleh dibuat dengan lebih
pantas, mudah dan selamat tanpa perlu menggunakan
wang tunai dan tidak dikenakan sebarang caj tambahan.
Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS Dato
Siti Maslamah Osman, Ketua Jabatan Dakwah dan
Kutipan, LZS, Hajjah Adibah Abdul Wahab, dan Ketua
Pegawai Eksekutif, MobilityOne Sdn Bhd, Hussain Abd
Rahman.
|
 |
Kaedah pembayaran zakat terkini. Ia boleh dibuat
menerusi terminal onepay. Terminal onepay seperti
pada gambar yang disertakan boleh didapati di semua
stesen minyak terpilih dalam Lembah Klang. Buat masa
ini kaedah yang diterimapakai adalah kad debit (berlogo
bankard) dengan hanya memasukkannya ke dalam slot
mesin. Sila ikuti arahan seterusnya oleh slot mesin
tersebut. Resit sebagai
bukti bayaran akan dicetak sebaik sahaja pembayaran dibuat.
Walau bagaimanapun, resit rasmi akan dikeluarkan oleh
pihak LZS dalam tempoh 14 hari bekerja dan akan diposkan ke alamat pembayar.
Rentetan dari majlis pelancaran tempohari, 16
Disember 2008 (Selasa) pembayaran zakat menerusi
terminal onepay telah mula beroperasi. Anda boleh
membuat pembayaran zakat melalui slot mesin onepay
yang ditempatkan di stesen-stesen minyak terpilih.
Sila klik di bawah untuk senarai stesen minyak yang
menyediakan khidmat onepay.
NOTA
Resit rasmi akan dikeluarkan oleh
pihak LZS dan diposkan ke alamat pembayar zakat dalam tempoh 14 hari bekerja.
Sila klik
disini untuk
cara bayaran zakat melalui slot mesin
OnePay
|