E-Zakat Pay
Kaedah terkini
pembayaran zakat melalui
www.e-zakat.com.my
E-Zakat
Pay
Apa itu E-Zakat Pay ?
E-Zakat-Pay merupakan satu kaedah pembayaran zakat
secara online di www.e-zakat,com.my. Ia
merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE
yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan
pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
Apakah Bank yang
boleh membuat bayaran melalui E-Zakat Pay ini ?
Pada masa ini terdapat sebanyak 6 buah bank-bank utama
di Malaysia yang boleh menerima pembayaran iaitu
Bumiputra-Commerce Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, Public
Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Bhd, Hong Leong Bank
Bhd dan Deutsche Bank AG.
Bagaimana Transaksi
Dilakukan ?
Bagi pembayaran zakat, pembayar hanya perlu melayari
portal e-zakat di www.e-zakat.com.my dan klik pada
pembayaran E-Zakat Pay untuk membayar zakat. Pembayar perlulah
mempunyai akaun terlebih dahulu di bank-bank yang
terlibat sebelum boleh meneruskan pembayaran. Ikuti
langkah-langkah yang diberikan. Itu sahaja, dan
pembayaran zakat telah selesai dilakukan.
Adakah ianya selamat?
Ya, proses perjalanan komunikasi (communication flow)
antara pengguna-fpx-bank akan dihantar pada sesi 128 Bit
SSL. Ini bermakna, keseluruhan maklumat pembayaran
sesebuah transaksi akan di encrypted terlebih dahulu.
Oleh itu semua maklumat yang dihantar adalah selamat
seperti membuat pembayaran di website bank tersebut.
Pengguna juga perlu disahkan di platform internet
banking untuk semua maklumat transaksi yang dilakukan.
Selain itu juga, kesemua pembayaran akan dilakukan dalam
real time online iaitu proses debit daripada bank
pembayar kepada akaun pembayar akan dijalankan pada masa
itu juga dan proses pengeluaran resit bayaran zakat akan
dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja.
Adakah pembayar perlu
mendaftar dan membayar sebelum boleh membuat bayaran di
E-Zakat Pay?
Tidak, pembayar tidak perlu mendaftar ataupun membayar
untuk membuat bayaran. Pembayar hanya perlu mempunyai
akaun bank,mempunyai ID dan Password dan boleh membuat
pembayaran secara online di bank tersebut.
Adakah pembayar perlu
melakukan pemasangan perkakasan untuk membuat sebarang
bayaran zakat?
Tidak perlu, pengguna tidak perlu memasang apa jua
bentuk perkakasan untuk menggunakan sistem ini.
Walaubagaimanapun, pihak MEPS akan menyediakan pihak
merchant (Lembaga Zakat Selangor) dengan "Seller
plug-in" iaitu satu
perisian keselamatan yang akan letakkan di dalam portal
LZS (MAIS) bagi menjamin keselamatan pembayaran yang
dilakukan.
Adakah pembayar akan di
kenakan bayaran tambahan jika membayar menggunakan E-Zakat
Pay?
Tidak, pembayar tidak dikenakan sebarang cas tambahan
sekiranya membuat bayaran zakat menggunakan kaedah ini,
akan tetapi terdapat had minimum iaitu RM 10 bagi setiap
pembayaran melalui kaedah ini.