Bagi
menjimatkan waktu dan memudahkan cara bayaran, kami telah
berusaha untuk mempelbagaikan kaedah pembayaran zakat untuk
semua. Dari panggilan telefon sehingga ke kaunter bank, wakil
kami sedia membantu anda.
Kesemua usaha ini untuk memastikan tiada seorang pun yang layak
berzakat memberi seribu satu alasan untuk mengelak atau
dikecualikan dari menunaikan salah satu rukun Islam ini.
PERBANKAN INTERNET
Pembayaran zakat
melalui
internet
KAUNTER LZS
Pembayaran zakat
menerusi kaunter LZS di seluruh Selangor
E-ZAKAT PAY
Kaedah terkini
pembayaran zakat menerusi www.e-zakat.com.my
MESIN ATM
Bukan sahaja untuk
pengeluaran wang tetapi juga boleh membayar zakat
TERMINAL ONE PAY
Kaedah pembayaran zakat
melalui
Terminal OnePay
PEJABAT POS
Pembayaran zakat
boleh juga dibuat di kaunter pejabat pos di seluruh
Selangor
KAUNTER BANK
Pembayaran zakat harta juga boleh di buat melalui
agen-agen bank yang telah lantik
KAD KREDIT
Terdapat 2
kad kredit yang diterima pakai;
Master Kad Bank Islam dan At Taslif AmBank
KAWANKU PHONE BANKING
Kaedah pembayaran zakat melalui
telefon anda
SMS
Kaedah pembayaran zakat melalui
telefon mudah alih anda
KIOSK MAJU MASJID
Kaedah pembayaran zakat melalui
kiosk maju masjid
Pembayaran zakat boleh
juga dibuat menggunakan CEK/WANG POS/KIRIMAN WANG/DRAF WANG
di atas nama LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS) dan diposkan
ke Ibu Pejabat kami seperti alamat di bawah beserta Borang Mailing yang
telah lengkap. Borang boleh didapati disini.
Resit akan diproses dalam tempoh selewat-lewatnya 15 hari dari
tarikh terimaan.
Unit Agen Kutipan
Lembaga Zakat Selangor Tingkat 9 & 10, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah,
Persiaran Masjid, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5522 7700
Faks : 03-5522 7722