New Page 3


 

 

 

 

   



ZAKAT SAHAM


DALIL WAJIB ZAKAT
 

Dalil dan syarat wajib mengeluarkan zakat saham adalah sama seperti dalil dan syarat atas zakat wang simpanan.
 


"Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidakdiwajibkanmengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."
 


 



 

KAEDAH KIRAAN ZAKAT SAHAM

  • Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan.
  • Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.
  • Panduan umum pengiraan zakat ialah 2.5% atas nilai terendah semua saham yang dimiliki selama setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada).
  • Saham Yang Masih Dimiliki sehingga Hujung Haul
    • Pengiraan zakat ialah 2.5 % atas harga terendah atas kos dan pasaran
    • CONTOH: 200 lot (1 lot bersamaan 1000 unit) saham Syarikat Mukmin x RM1.00 (andaian harga terendah) = RM200,000 
    • RM200,000 x 2.5 % = RM5,000 (jumlah zakat)

       
  • Saham Yang Dijual Beli Sepanjang Haul (setahun)
    • Pengiraannya ialah 2.5 % atas nilai jualan saham-saham tersebut setelah ditolak kos pembelian
    • CONTOH: jumlah nilai saham - kos belian
    • RM500,000 - RM400,000 = RM100,000
    • RM100,000 x 2.5 % = RM2,500
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

New Page 5


  Copyright © 2006
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
All Right Reserved
 

-