Terma dan Syarat
Kempen Zakat & Fly ini bermula pada 1 November 2008 dan berakhir pada  31 Disember 2008. Sebarang pertanyaan sila rujuk terus ke Lembaga Zakat Selangor.
Pembayaran zakat dibayar menerusi Maybank2u.com.my, Amonline.com.my, RHBislamicbank.com.my, Cimbclicks.com.my dan Bankislam.biz serta fpx @ Lembaga Zakat Selangor (e-zakat.com.my) mengikut tempoh kempen.
Penganjur berhak untuk menggunakan nama, gambar, no. kad pengenalan pemenang untuk tujuan dakwah dan publisiti dan pemenang tidak dibenarkan untuk membuat sebarang tuntutan.
Dengan penyertaan kempen ini, peserta mestilah bersetuju untuk terikat dengan peraturan kempen.
Pemenang akan diberitahu melalui pos, panggilan telefon, website Lembaga Zakat Selangor atau melalui bank-bank yang terlibat selewat-lewatnya 28hb. Februari 2009. Sekiranya majlis penyampaian dilaksanakan maka para pemenang akan dihubungi untuk hadir bagi menerima hadiah.
Kempen ini terbuka kepada pembayar zakat yang mengambil bahagian dalam kempen Zakat & Fly kecuali kakitangan e-Channels bank terlibat, kakitangan Lembaga Zakat di Bahagian Teknologi Maklumat dan di Unit Ejen Kutipan, Bahagian Kutipan.
Tiada borang penyertaan atau slogan diperlukan.
Setiap pemenang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
Pihak penganjur berhak menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik.
Tiket penerbangan bagi hadiah utama adalah tidak termasuk sebarang cukai airport atau sebarang kos lain yang berkaitan yang perlu dibayar oleh pemenang.
Tiket pemenang utama diberikan kepada oleh penaja sebanyak 12 tiket pergi balik ke destinasi pilihan bagi laluan domestik dan ke Indonesia.
Tempoh sah tiket penerbangan adalah pada 1 Februari 2009 sehingga 1 Ogos 2009 dan pengesahan untuk tempahan penerbangan dibuat hendaklah selewat-lewatnnya dalam 14 hari.
Sekiranya didapati berlaku sebarang penipuan dan pemalsuan maklumat, penyertaan akan dibatalkan dan hadiah akan ditarik balik.
Para pemenang bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan dalam kempen ini dan/atau pengguna dan/atau tuntutan hadiah masing-masing.
Keputusan adalah muktamad dari panel pemilih yang diketuai oleh pihak Lembaga Zakat Selangor berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
   
Pemilihan Pemenang. Para pemenang dipilih berdasarkan
Tempat Pertama

:

Jumlah transaksi terbanyak dan jumlah pembayaran zakat tertinggi dalam tempoh kempen.
       
Tempat Kedua

:

Jumlah pembayaran zakat tertinggi dan pembayaran pelbagai jenis zakat terbanyak dalam tempoh kempen.
       
Tempat Ketiga

:

Kategori zakat yang dibayar oleh pelanggan(Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Ternakan, Zakat Pertanian, Zakat Padi, Zakat Harta, Zakat Emas, Zakat Perak, Zakat Wang Simpanan, Zakat Saham, Zakat KWSP dan Qadha Zakat).
   

:

Jumlah transaksi terbanyak dan pembayaran pelbagai jenis zakat terbanyak dalam tempoh kempen.
   

:

Kategori zakat yang dibayar oleh pelanggan(Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Ternakan, Zakat Pertanian, Zakat Padi, Zakat Harta, Zakat Emas, Zakat Perak, Zakat Wang Simpanan, Zakat Saham, Zakat KWSP dan Qadha Zakat).
       
Hadiah
Hadiah Utama

:

2 tiket percuma pergi balik – Fire Fly. Tiket percuma ke destinasi pilihan ke Indonesia dan domestik.
Hadiah Kedua

:

Seunit telefon bimbit – Jenama Sony Ericsson tajaan dari bank.
Hadiah Ketiga

:

Senaskah Al-Quran (terjemahan istimewa) sumbangan Lembaga Zakat Selangor dan seunit telefon talian tetap (pelbagai fungsi) – Jenama AsterPHONE sumbangan Asteria Electronics MFG Sdn. Bhd.
       

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :


|UNIT EJEN KUTIPAN, BAHAGIAN KUTIPAN,

JABATAN DAKWAH DAN KUTIPAN (JDK),
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS),
ARAS 10, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
PERSIARAN MASJID, 40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

NO. TEL. : 03-55227777 | NO. FAKS. : 03-55227724 |
syahril@e-zakat.com.my  | mohdzaki@e-zakat.com.my