KUIZ ZAKAT DI UDARA (KUZDU) DILANJUTKAN sehingga 28 FEBRUARI 2010

Syarat-syarat penyertaan:

Setiap orang berhak menyertai kuiz ini dan menghantar seberapa banyak penyertaan
Pemenang pada setiap bulan akan diberikan DUA TIKET PENERBANGAN DUA HALA tajaan MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD.
Peserta hanya perlu memilih, menjawab dan menghantarkan kuiz soalan terkumpul pada satu-satu bulan sahaja, tanpa perlu mengumpulkan soalan dari bulan Oktober 2009 - Januari 2010. Ini kerana, pemenang akan dikira berdasarkan kuiz terkumpul pada bulan-bulan yang berkenaan sahaja.
Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan kuiz terkumpul dan berhak memenangi lebih daripada satu hadiah jika jawapannya adalah betul dan juga atas pertimbangan pihak juri.
Jawapan adalah subjektif dan jawapan paling hampir dengan jawapan juri akan dikira sebagai betul.
INGAT. Peserta mestilah merupakan pembayar zakat di Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Hantarkan jawapan kepada: SEKRETARIAT KUIZ ZAKAT DI UDARA, LEMBAGA ZAKAT SELANGOR, TING. 10, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR, sebelum atau pada 15 MAC 2010.

BEIRKUT ADALAH SOALAN-SOALAN BULANAN :

OKTOBER 2009

 
1. Siapakah yang dihantar oleh Nabi Muhammad SAW ke Yaman sebagai amil?
2. Fardu zakat diwajibkan oleh Allah SWT pada tahun berapa hijrah?
3. Allah SWT menyenaraikan lapan golongan asnaf zakat, namakan lapan asnaf itu.
4. Kadar zakat harta yang wajib dikeluarkan setahun adalah sebanyak...
5. Abu Bakar r.a membebaskan Bilal...maka, namakan salah satu asnaf zakat yang berhak mendapat zakat
 
NOVEMBER 2009
 
1. Sila jelaskan tugas dan fungsi amil zakat dengan ringkas (Tidak melebihi 30 patah perkataan).
2. Jika membayar zakat di Lembaga Zakat Selangor, anda berhak memperolehi apa daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri?
3. Apakah nama manusia paling bakhil yang disebutkan Allah SWT di dalam al-Quran?
4. Manusia pemurah dikasihi Allah SWT. Sila berikan nama sahabat nabi yang paling pemurah pada zaman Rasulullah SAW.
 
DISEMBER 2009
 
1. Hukum mengada zakat adalah…?
2. Kumpulan yang menentang Abu Bakar ketika awal pemerintahannya dinamakan apa…
3. Lembaga Zakat Selangor sudah pun mencapai usia berapa tahun di Malaysia?
4. Namakan tiga jenis pertanian yang wajib zakat?
 
JANUARI 2010
 
1. Sila berikan nombor telefon hot line Lembaga Zakat Selangor.
2. Nyatakan alamat laman web/ sesawang Lembaga Zakat Selangor.
3. Di Selangor, asnaf zakat diberikan pelbagai bantuan. Sila nyatakan dua daripadanya.
4. Desa Ehsan adalah kampung bagi asnaf. Asrama anak-anak fakir miskin pula dikenali sebagai...Baitul.. 
 

HADIAH BULANAN TAJAAN MALAYSIA AIRLINE SYSTEM BERHAD :

2 TIKET PENERBANGAN DUA HALA
( KUALA LUMPUR - JAKARTA )
2 TIKET PENERBANGAN DUA HALA
( KUALA LUMPUR ke HO CHI MINH CITY )
2 TIKET PENERBANGAN DUA HALA
( KUALA LUMPUR ke BANGKOK )
2 TIKET PENERBANGAN DUA HALA
( KUALA LUMPUR ke PHNOM PENH )

www.malaysiaairlines.com.my