 |
Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk
dalam kenderaan |
| |
|
 |
Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas
atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya
tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat
itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul
ihram. |
| |
|
 |
Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika
takbiratul ihram |
| |
|
 |
Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat
biasa |
|
|
 |
Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu
dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan
kedua tangan di letakkan pada lutut. |
| |
|
 |
Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan
badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.
|
| |
|
 |
Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan
akhir masih kekal seperti biasa dengan duduk di
kerusi kenderaan. |
| |
|
 |
Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk
membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita
naiki itu sering bertukar arah. |