 |
MENGUCAP
DUA KALIMAH SYAHADAH |
| |
"Aku
naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah
melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah
pesuruhNya".
Dengan Shahadah, kita mengabdikan diri dengan hati
sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan
yang Mana Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi
Muhammad itu adalah pesuruhNya. |
| |
|
 |
SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM |
| |
Dengan
sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan
kita menyembah kepadaNya.Mulai dari lidah membaca,
tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran
terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang
diajar oleh Nabi SAW. |
| |
|
 |
MENGELUARKAN ZAKAT |
| |
Dengan zakat,
kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan
sebahagian dari harta milik kita kepada mereka
yang berhak menerimanya |
| |
|
 |
BERPUASA
DI BULAN RAMADHAN |
| |
Dengan
berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala
keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu
makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini
secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan
serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt |
| |
|
 |
MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH |
| |
Dengan
mengerjakan haji, kita meyembah Alah dengan harta
kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah
kepada mereka yang mempunyai kemampuan
sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. |
 |
BERIMAN KEPADA ALLAH |
| |
Dengan Iman, kita
membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta
hati kita hanya kepadaNya. Secara positif kita
menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara
negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada
selain Allah swt |
| |
|
 |
BERIMAN KEPADA
MALAIKAT-MALAIKAT |
| |
Dengan Iman, kita
mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama
malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut
perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada
alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah. Secara
negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib
yang tidak dinyatakan oleh Allah. |
| |
|
 |
BERIMAN KEPADA
KITAB-KITAB |
| |
Dengan beriman kepada
kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya
kitab-kitab Allah yang meminpin manusia, yang
diakhiri dengan kitab AL QURAN |
| |
|
 |
BERIMAN KEPADA NABI DAN
RASUL |
| |
Dengan beriman kepada
nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya
manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk
memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad
SAW |
| |
|
 |
BERIMAN KEPADA
HARI KIAMAT |
| |
Dengan beriman,kita
mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia
yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi
dan berkekalan iaitu disuatu tempat penentuan
kedudukan manusia sama ada di Syurga atupun di
Neraka. |
| |
|
 |
BERIMAN KEPADA QADA' DAN
QADAR |
| |
Dengan beriman kepada Qada'
dan Qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita
berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini,
Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan
terletak di dalam kekuasaanNya |