|
Hadith 1
Abu
Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
"Umatku telah dikurniakan dengan lima
perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan
kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut
daripada seorang Islam yang berpuasa adalah
terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman
kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan)
ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah
mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas
setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya:
"Masanya telah hampir tiba bilamana
hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala
halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan
mendatangimu."
Pada bulan
ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan
supaya tidak menggoda mereka ke arah
maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada
bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir
Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan
diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah
SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah,
adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab
oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi
selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan
setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith
2
Ubadah
Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir
menjelang:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di
mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan
keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni
dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat
di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan
yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan
malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah
Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang
bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada
rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith
3
Abu Sa'id Al Khudri ra.
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap hari siang dan malam pada bulan
Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan
begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan
pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan
malam doanya pasti akan diterima."
Hadith
4
Abu Hurairah ra.
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka
tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa
sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa)
yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana
doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan
membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah
berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu,
sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada
suatu masa nanti."
Hadith
5
Ibn Umar
ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya
mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith
6
Abu Hurairah ra.
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa berbuka satu hari di siang
hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi
syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat
menampung atau mengganti hari tersebut walaupun
akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
|