|
Allah SWT
memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam
penuh syahdu dan berkat. Malam yang
ditunggu-tunggu oleh para Anbiya' dan para salihin
yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu "Lailatul
Qadar". Pada malam inilah Allah menurunkan Al-Quran.
Kita seharusnya menginginkan
malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi
malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah
kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya
kerana Lailatul Qadar menjanjikan:
 |
Beramal
pada malam tersebut akan mendapat ganjaran
seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun
|
 |
Doa kita
dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang
munasabah untuk dunia dan akhirat, untuk diri,
anak isteri dan ibu bapa serta sekalian
muslimin muslimat |
Ulama
menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan
di malam Lailatul Qadar (yakni menghidupkan malam
tersebut) ialah:
 |
Memohon
ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar)
|
 |
Mengerjakan solat-solat sunat dan solat Qada'
|
 |
Membaca
Al-Quran
|
 |
Berzikir
dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
|
 |
Berdoa
dan banyakkan membaca doa:

Maksudnya: "Ya Allah! Engkau yang Maha Pemaaf
(Pengampun), kasih kepada kemaafan maka
maafkan aku (ampun)"
|
 |
Pada
malam tersebut hendaklah solat Isyak berjemaah
dan Subuhnya juga berjemaah
|
Menurut Imam
Al-Ghazali: Lailatul Qadar berlaku pada mana-mana
sepuluh malam terakhir iaitu pada malam-malam
ganjil.
 |
Jika awal
puasa pada hari Ahad atau Rabu
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 29
Ramadan
|
 |
Jika
awal puasa pada hari Isnin
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 21
Ramadan
|
 |
Jika
awal puasa pada hari Selasa atau Jumaat
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 27
Ramadan
|
 |
Jika
awal puasa pada hari Khamis
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 25
Ramadan
|
 |
Jika
awal puasa pada hari Sabtu
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 23
Ramadan
|
|