 |
| |
New Page 3
 |
 |
|
|
|
|
|
|
|
 |
| |
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada
seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di
Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah
tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB
. Dengan
membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu
membayar puasanya kerasa puasa tersebut tetap wajib
di ganti mengikut bilangan hari yang telah
ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut
telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari
tersebut akan digandakan.
Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan
asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut
berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di
sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri
makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk
wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Di Lembaga Zakat Selangor (MAIS), kami menerima
pembayaran fidyah secara wang tunai dan akan
mengagihkan bayaran tersebut kepada fakir dan miskin
dalam bentuk beras kepada mereka. Ia perlu dilakukan
sebelum 1 Syawal setiap tahun.
Oleh kerana kami perlu melakukan proses pembelian
beras dan pengagihan, diharapkan pembayar tidak
membuat bayaran fidyah di saat-saat akhir seperti di
penghujung bulan Ramadhan kerana proses agihan
memerlukan waktu untuk mengagihkannya. Contohnya
bayaran pada akhir Ramadhan adalah mustahil untuk
LZS (MAIS) menyerahkan beras kepada fakir dan miskin
sebelum 1 Syawal tahun tersebut.
Bayaran fidyah boleh dikira menggunakan Kalkulator
Fidyah di bawah ini :

Cara penggunaan:
MAKLUMAT
: Sila masukkan maklumat peribadi dan
klik "SAVE" TAHUN GANTI : Merupakan
tahun anda mengganti puasa tersebut. TAHUN TINGGAL : Merupakan tahun anda
meninggalkan
puasa.
Sila pastikan anda menekan butang "SAVE" terlebih
dahulu bagi setiap transaksi. Bagi tahun
meninggalkan puasa berbeza pula sila
klik
+ tambah
dan "SAVE"
sebelum menekan butang
"KIRA"
|
|
|
|
|
New Page 5
 |
 |
|
Copyright
©
2006
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
All Right Reserved |
|
- |
|
|
|

 |
|