 |
| |
 |
 |
|
|
|
|
|
|
|
 |
| |
PENGERTIAN BERSUCI
Firman Allah swt maksudnya, "Sesunguhnya Allah
menyukai orang-orang yang bertaubat dan yang suka
menyucikan diri " (Al Baqarah : 222)
Bersuci atau At Thaharah ialah suatu pekerjaan
yang dilakukan bagi menghilangkan hadas atau najis
yang ada di badan, pakaian atau tempat tinggal kita.
Ia mesti dibersihan supaya kita boleh melakukan ibadah.
Di dalam ajaran Islam bersuci adalah sesuatu yang
WAJIB. Sebahagian dari bersuci adalah berwuduk, mandi
dan membersihkan najis dari badan.
JENIS-JENIS BERSUCI
 |
Bersuci dari
hadas kecil. Apabila kita berada dalam keadaan
begini kita dilarang dari mengerjakan sembahyang
dan menyentuh Al Quran. Cara untuk menyucikan
ialah dengan mengambil wuduk ataupun bertayammum. |
| |
|
 |
Bersuci dari
hadas besar. Mereka yang berjimak, haid dan nifas
adalah termasuk di dalam golongan ini. Cara
bersuci daripadanya ialah dengan mandi junub.
Perkara yang ditegah dari melakukannya seperti
sembahyang, puasa, menunaikan haji, iktikaf di
masjid dan menyentuh atau membaca Al Quran. |
| |
|
 |
Beristinjak.
Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar
dari dua saluran iaitu qubul dan dubur. |
RUKUN ISTINJAK
Rukun istinjak ada 3 iaitu :
 |
Islam |
 |
Menggunakan air, batu,
kertas, daun dan benda keras yang suci |
 |
Najis itu mestilah keluar
dari qubul dan dubur |
SUNAT-SUNAT ISTINJAK
 |
Haruslah dilakukan dengan bilangan yang ganjil
seperti 3x, 5x atau 7x dan seterusnya. |
 |
Menggunakan tangan kiri |
BERISTINJAK DENGAN BATU
Syarat-syarat menggunakan batu atau lain-lain benda
yang keras ialah:
 |
Pastikan
benda tersebut tidak mengalir |
 |
Pastikan
najis belum kering |
 |
Pastikan
tempat keluar najis tersebut tidak terhalang oleh
benda-banda lain |
BERISTINJAK DENGAN AIR
Perlakuannya ialah lebih kurang sama dengan batu.
Terlebih dahulu mestilah dibersihkan sehingga hilang 3
perkara iaitu bau, warna dan rasa. Apabila selesai
disunatkan membaca doa.
Antara benda-benda najis menurut Islam adalah seperti
berikut :
 |
Semua jenis
bangkai binatang darat dan laut yang berdarah
melainkan mayat manusia. Binatang darat dan laut
yang tidak berdarah dianggap suci. |
 |
Darah
kecuali hati dan limpa |
 |
Semua jenis
benda yang keluar dari qubur dan dubur |
 |
Nanah kerana
ia terhasil dari darah yang kotor |
 |
Arak dan
semua jenis minuman yang memabukkan |
 |
Bahagian
binatang yang diambil dari badannya semasa ia
masih hidup |
JENIS-JENIS NAJIS
Terdapat 2 jenis najis yang boleh diklasifikasikan
dalam Islam iaitu:
 |
NAJIS
MUGHALLAZAH
Iaitu anjing dan babi serta segala anggota tubuh
badannya. Cara menyucikannya ialah dengan menyiram
sekali air tanah atau lumpur dan 6 kali dengan air
yang bersih |
| |
|
 |
NAJIS
MUKHAFFAFAH
Iaitu najis ringan seperti air kencing kanak-kanak
lelaki yang berumur 2 tahun kebawah dan hanya
memakan susu ibunya sahaja. Cara menyucikannya
ialah memadai dengan memercikkan air ke atas benda
yang terkena najis itu kemudian lapkannya |
| |
|
 |
NAJIS
MUTAWASSITAH
Iaitu najis pertengahan. Najis ini terbahagi
kepada dua bahagian :
|
(a) |
Hikmiah
adalah najis yang kita yakini adanya tetapi
tidak nyata zatnya seperti air kencing yang
sudah lama kering hinggakan sifatnya sudah
hilang. Najis ini disucikan dengan mengalirkan
air keatasnya |
|
(b) |
'Ainah
adalah najis yang dicuci dengan menghilangkan
dan membersihkan semua zatnya |
|
| |
|
Terdapat 5 jenis air iaitu :
 |
AIR
MUTLAK
Sifatnya adalah suci lagi menyucikan. Air ini boleh
digunakan bagi menyucikan benda lain. Contohnya
air hujan, laut, perigi, air mata air, salji,
sungai dan air embun |
| |
|
 |
AIR
MUQAYYAT
Sifatnya adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan.
Air ini tidak sah digunakan untuk menyucikan benda
lain seperti air kopi, teh, air buah-buahan dan
sebagainya. |
| |
|
 |
AIR
MUTANNAJJIS
Air ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
|
(a) |
Telah berubah salah satu
sifatnya iaitu warna , bau dan rasa dengan
najis. Air ini tidak boleh digunakan lagi sama
ada banyak ataupun sedikit. |
|
(b) |
Air bernajis tetapi
tidak berubah sifatnya. Air ini jika kurang
dari 2 kolah (lebih kurang 13 tin minyak tanah) tidak boleh digunakan lagi tetapi
jika 2 kolah atau lebih maka hukumnya suci
lagi menyucikan. |
|
| |
|
 |
AIR
MUSYAMMAS
Ialah air yang terjemur di tengah pancaran
matahari dalam bekas selain dari bekas emas dan
perak. Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi
tidak untuk pakaian |
| |
|
 |
AIR
MUSTAGHMAL
Ialah air yang telah digunakan untuk menyucikan
benda-benda lain dan sukatannya adalah kurang dari
2 kolah. Air ini tidak sah digunakan untuk bersuci
walaupun tidak berubah sifatnya. |
| |
|
| |
|
|
|
|
|
|
New Page 5
 |
 |
|
Copyright
©
2006
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
All Right Reserved |
|
- |
|
|
|


|
|