New Page 3


 

 

 

 

   

PENGENALAN
 

Kaunter Ekspres Agihan Zakat adalah merupakan satu mekanisme terbaharu bagi menyahut motto Tahun Zakat Selangor ke-15 Tahun yang bertemakan “ MENERAJU PEUBAHAN” .  Kaunter tersebut diwujudkan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk menyalurkan pemberian bantuan agihan dana zakat secara tunai atau cek yang tidak melebihi RM3,000.00 mengikut kod-kod jenis bantuan tertentu yang telah ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS) kepada para asnaf dan pemohon bantuan agihan zakat dengan cepat, berkesan, mesra pelanggan, sistematik, sesi soal selidik yang minimum dan terkawal.

   
OBJEKTIF
 

Objektif utama penubuhan Kaunter Ekspres Agihan Zakat adalah seperti berikut :-

 
  • Mempermudahkan dan mempercepatkan kaedah pemberian bantuan agihan dana zakat kepada para asnaf dan pemohon dengan pengawasan yang minimum dan efektif.
  • Memberikan keyakinan kepada para pembayar zakat dan masyarakat bahawa pengagihan bantuan zakat adalah efisen, telus, cepat dan tanpa melalui peraturan birokrasi yang terlalu rumit.
  • Memastikan pemberian dan pembayaran dana agihan zakat dibuat secara tunai atau cek yang akan diserahkan kepada para pemohon dalam tempoh tidak melebihi 2 jam.
   
PRINSIP
 

Prinsip Kaunter Ekspres Agihan Zakat adalah berdasarkan  kepada prinsip-prinsip yang telah sedia ada iaitu :-

  • Isti’ab ( Menyeluruh )

  • Ikhtisas ( Ketetapan )

  • Hak

  • Muraqobah ( Pengawasan )

  • Kifayah ( Mencukupi Had Pemberian )

  • Fauran ( Serta Merta )

 

Walaubagaimanapun, prinsip khusus yang  diutamakan dalam melaksanakan perkhidmatan dan melakukan proses pembayaran bantuan agihan dana zakat di Kaunter Ekspres Agihan Zakat lebih menekankan kepada prinsip Fauran (serta merta) dan Moraqobah (Pengawasan). Ini bermakna, para pegawai yang terlibat dalam memproses permohonan bantuan zakat akan menjalankan tugas dengan cepat tidak lebih 2 jam dalam membuat keputusan, penyiasatan / temuduga dan pembayaran yang lebih efisen,  terkawal serta dengan pengawasan  minimum.  Dasar agihan zakat ia tetap mengikuti polisi Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) yang berlandaskan hukum syarak.

   
SYARAT PERMOHONAN
 

Syarat Penerima Bantuan secara umumnya adalah seperti berikut :-

  • Islam

  • Warganegara Malaysia

  • Lahir dan menetap di Negeri Selangor atau telah bermastautin atau tinggal tetap di Negeri Selangor tidak kurang dari tiga ( 3 ) tahunHak

  • Pendapatan kurang atau tidak sampai kepada had mencukupi ( had kifayah )

  • Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak

   
ASNAF YANG BERKENAAN
 

Operasi pengagihan bantuan dana zakat yang dilaksanakan di Kaunter X-press yang melibatkan enam asnaf iaitu Fakir, Miskin, Muallaf, Gharim, Fisabilillah dan Ibnu Sabil serta terdapat 19  jenis kod bantuan sahaja mengikut asnaf sebagai mana yang telah ditetapkan oleh LZS (MAIS) antaranya ialah :

ASNAF

JENIS BANTUAN

KADAR

FAKIR

BANTUAN PERUBATAN

Ikut Bil & maksimum RM3,000.00

BANTUAN SEWA RUMAH

Maksimum RM 2,400.00 bersamaan RM 400.00 sebulan kali 6 bulan sahaja.

BANTUAN KECEMASAN / RUNCIT

(i) Maksimum RM300.00 – perbelanjaan dapur
(ii) Utilili – ikut bil
(iii) Tambang – ikut keperluan

BANTUAN KEWANGAN BULANAN

Bayaran kali pertama sahaja mengikut kadar yang ditentukan.

BANTUAN YURAN SEK REN / MEN

Mengikut  Jadual Kadar yang ditentukan.

BANTUAN KEPERLUAN PENDIDIKAN

Ikut Bil & maksimum RM3,000.00

MISKIN

BANTUAN PERUBATAN

Ikut Bil & maksimum RM3,000.00

BANTUAN SEWA RUMAH

Maksimum RM 2,400.00 bersamaan RM 400.00 sebulan kali 6 bulan sahaja.

BANTUAN KECEMASAN / RUNCIT

(i) Maksimum RM300.00 – perbelanjaan dapur
(ii) Utilili – ikut bil
(iii) Tambang – ikut keperluan

BANTUAN KEWANGAN BULANAN

Bayaran kali pertama sahaja mengikut kadar yang ditentukan

BANTUAN YURAN SEK REN / MEN

Mengikut  Jadual Kadar yang ditentukan.

BANTUAN KEPERLUAN PENDIDIKAN

Ikut Bil & maksimum RM3,000.00

FISABILILLAH

BANTUAN KECEMASAN / RUNCIT

Maksimum RM500.00 atau ikut bil kali pertama sahaja.

BANTUAN UMUM PELAJARAN

Ikut Bil atau maksimum RM3,000.00 berdasarkan Jadual kadar yang ditetapkan. ( Tidak dibenarkan untuk pelajar yg belajar di Timur Tengah )

GHARIM

HUTANG KERANA KEPERLUAN HIDUP

Ikut Bil & maksimum RM3,000.00
(Tidak dibenarkan untuk hutang kad kredit & Along)

HUTANG PERUBATAN

Ikut Bil & maksimum RM3,000.00

IBNISABIL

BANTUAN MUSAFIR

Maksimum RM500.00

BANTUAN TIKET PERGI BALIK PELAJAR

Maksimum RM1,500.00 dan ikut bil tiket penerbangan

 MUALLAF

BANTUAN KECEMASAN / RUNCIT

(i) Maksimum RM300.00 – perbelanjaan dapur
(ii) Utilili – ikut bil
(iii) Tambang – ikut keperluan

   
CARTA ALIRAN PROSES PERMOHONAN
 

   
DOKUMEN SOKONGAN YANG BERKAITAN DIPERLUKAN
 

Berikut adalah senarai dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan mengikut kod-kod jenis bantuan sebagai panduan senarai semak yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor (MAIS) ketika mengemukan permohonan di Kaunter Ekspres Agihan Zakat :

   
 

BANTUAN SEWA RUMAH


1. Salinan K/P Pemohon 
2. Salinan K/P Pemilik
3. Surat Akuan Pemilik / Bil Tuntutan
 

BANTUAN KECEMASAN / RUNCIT


1. Salinan K/P Pemohon
2. Bil tuntutan yang berkaitan
(Perubatan / Air / Letrik / Resit Pembelian / Surat Sokongan Berkaitan / Lain-lain Yang Berkenaan)
 

BANTUAN KEWANGAN BULANAN

1. Salinan K/P Pemohon

BANTUAN YURAN SEK. RENDAH / MENENGAH & BANTUAN KEPERLUAN PENDIDIKAN


1. Salinan K/P Pemohon
2. Senarai keperluan pendidikan
(Rendah / Menengah)
3. Surat Tawaran Kemasukkan IPTA / IPTS
4. Pengesahan Sekolah
 

BANTUAN UMUM PELAJARAN


1. Salinan K/P Pemohon
2. Senarai keperluan pendidikan
(Rendah / Menengah)
3. Surat Tawaran Kemasukkan IPTA / IPTS
4. Struktur Bayaran IPTA / IPTS
5.
Salinan Slip Gaji Penjaga /  Pengesahan Pendapatan
6. Slip bayaran Bank / Resit
 

BANTUAN  PERUBATAN


1. Salinan K/P Pemohon
2. Surat Pengesahan Perubatan
3. Bil Tuntutan / Surat Tuntutan / Resit Bayaran
 

BANTUAN  HUTANG KEPERLUAN HIDUP


1. Salinan K/P Pemohon
2. Bil Tuntutan
3. Surat Akuan Pemberi Hutang
4. Lain-lain yang berkenaan
 

BANTUAN MUSAFIR


1. Salinan K/P Pemohon / Pasport
2. 
Salinan Report Polis / Dokumen yang berkaitan
 

BANTUAN TIKET PERGI BALIK PELAJAR


1. Salinan K/P Pemohon
2. Keratan Tiket Penerbangan
3. Surat Pengesahan Pelajar / Kad Pelajar 

4. Salinan keputusan peperiksaan
 
   
 

Borang Kaunter Ekspres

 
 

 

  

New Page 5


  Copyright © 2006
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
All Right Reserved
 

-