Carian :  

 

 

 

 

   



 PENGENALAN & OBJEKTIF


ASNAF ZAKAT

 

Skop agihan zakat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara'. Asnaf tersebut sepertimana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:

 

"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

 
 

Ada 8 asnaf zakat iaitu:

  1. Fakir
     

  2. Miskin
     

  3. Amil
     

  4. Muallaf
     

  5. Riqab
     

  6. Gharim
     

  7. Fisabillilah
     

  8. Ibnu Sabil

     

 OBJEKTIF AGIHAN LZS (MAIS)
 
  • Melaksanakan agihan zakat sepertimana perintah Allah S.W.T

  • Menyalurkan agihan zakat dengan lebih efisyen

  • Mewujudkan masyarakat seimbang dari segi ekonomi, rohani, duniawi dan ukhrawi

  • Mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Selangor

  • Meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor

  • Memberi keyakinan kepada pembayar-pembayar zakat dan masyarakat

  • Mempelbagaikan program agihan zakat sesuai dengan keperluan semasa asnaf

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



  Copyright © 2006
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
All Right Reserved
 

-